Bolehkah mengkafankan mayat lelaki menggunakan kain kafan yang dipotong menjadi baju jubah?kemudian dibalut seperti biasa,adakah boleh baju jubah tadi dibungkus pada mayat kerana ianya sangat menyenangkan kepada pengurus jenazah dan ianya sangat kemas untuk dipratikkan?
Adalah makruh hukumnya mengkafankan jenazah dengan kain yang bukan berwarna putih dan sesuatu yang menyerupai baju serta menutup kepalanya dengan sesuatu yang menyerupai serban. Ini berdasarkan hadith daripada Aisyah R.A yang bermaksud:
“Rasulullah S.A.W telah dikafankan dengan tiga lapis kain kafan yang bersih tanpa baju dan serban”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
