Persoalan : IMAM ADA TATU (00014)

Seorang hamba Allah semasa remajanya berkelakuan nakal dan memiliki tatu. Setelah dewasa beliau telah bertaubat dan telah dilantik oleh pegawai masjid sebagai imam dan pada masa yang sama segelintir makmum berasa was-was untuk berjamaah. Apakah hukumnya?



Seseorang yang telah bertaubat sedangkan tatu tersebut tidak dapat dihilangkan walaupun beliau telah berusaha membuangnya adalah layak untuk menjadi imam dalam solat. Para makmum perlulah merasa redha dan berimam dengannya tanpa was-was.