Assalamualaikum wbth,
Soalan saya, Apakah perbezaan antara istilah berikut serta tarafnya?
- Masjid Jami'
- Masjid Ghairi Jami'
- Musalla
- Surau
Assalamualaikum wbth,
Soalan saya, Apakah perbezaan antara istilah berikut serta tarafnya?
Jawapan Ikhtisar
Wa’alaikumusalam wbt,
Masjid jamek adalah masjid yang didirikan di dalamnya solat Jumaat dan tertakluk dengan adab-adab serta hukum hakam masjid. Manakala, masjid ghairu jamek (tertakluk dengan adab-adab serta hukum hakam masjid), musalla dan surau adalah tempat orang ramai mendirikan solat fardu secara berjemaah tetapi tidak didirikan di dalamnya solat Jumaat.
Jawapan Tafsil
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah baginda Nabi SAW hingga ke hari Kiamat.
Definisi Masjid, Musalla dan Surau
Masjid secara bahasa bermaksud kata nama bagi tempat sujud. Menurut al-Zarkasyi, masjid secara istilah adalah keseluruhan tempat atas muka bumi. Hal ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid dan suci (untuk bersuci).”
[Sahih al-Bukhari: 442]
Namun, uruf mendefinisikan masjid sebagai tempat khusus untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah yang mempunyai hukum-hakam yang khusus yang tidak tertakluk kepada tempat solat tertentu yang lain seperti solat sunat hari raya atau solat sunat istisqa’ (minta turun hujan) dan lain-lain. [Rujuk I’lam al-Sajid bi Ahkam al-Masajid, hlm. 26-27]
Secara uruf masyarakat di Malaysia, masjid terbahagi kepada dua iaitu masjid jamek dan masjid ghairu jamek. Walaupun tiada perbezaan secara jelas dan terperinci dibincangkan dalam kitab fiqh, namun takrifan tersebut boleh dijelaskan seperti berikut:
Musalla
Dari segi bahasa bermaksud tempat sembahyang dan berdoa. Namun, dari segi istilahnya, ia merujuk kepada tanah lapang yang luas dan padanya manusia berkumpul untuk menunaikan solat bagi tujuan-tujuan seperti solat istisqa’ (solat minta hujan), solat jenazah dan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha. Ini dapat difahami melalui hadis Nabi SAW:
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW keluar ke musolla untuk solat istisqa’. Apabila ingin berdoa, baginda akan mengadap kiblat dan membalik-balikkan selendangnya".
[Sahih al-Bukhari 6343]
Berdasarkan uruf sekarang, musalla boleh merujuk kepada ruang khusus yang disediakan untuk solat. Sama ada didirikan di ruangan peribadi seperti di rumah atau didirikan musalla dengan makna surau iaitu bangunan kecil yang didirikan solat berjemaah tetapi tidak mempunyai hukum seperti masjid.
Surau
Perkataan surau tidak berasal daripada bahasa Arab. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, surau bermakna bangunan yang lebih kecil daripada masjid, tempat orang-orang beribadat seperti bersembahyang dan belajar agama. Nama lain bagi surau ialah langgar dan madrasah. [Rujuk: Kamus Dewan Edisi Keempat]
Dalam kalangan masyarakat Melayu, yang dikatakan surau adalah sebuah tempat untuk menunaikan solat. Surau tersebut boleh menjadi sebuah bilik kecil di pejabat ataupun pusat membeli belah ataupun bangunan bukan masjid yang tidak didirikan solat Jumaat padanya.
Jika terdapat kawasan perumahan dan di situ terdapat surau, difahami bahawa surau itu padanya dikerjakan solat lima waktu namun tidak didirikan solat Jumaat. Bahkan dalam sesetengah surau terdapat ahli jawatankuasanya yang tersendiri untuk mentadbir urus surau tersebut.
Terdapat juga sesetengah surau yang telah dinaiktarafkan sebagai masjid dan terdapat juga yang diberikan kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat dan selalunya istilah yang digunakan adalah surau diri Jumaat atau surau solat Jumaat Sementara.
Kesimpulan
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa:
Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan taklif serta segala titah perintah-Nya.
Wallahuaklam.