Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00480
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk GUNA DUIT SUAMI
Soalan Saya seorang isteri yang tidak bekerjaya. Bolehkah saya menggunakan duit suami
untuk perbelanjaan rumah tetapi tanpa izinnya?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Nafkah keluarga adalah tanggungjawab suami. Suami hendaklah memastikan kesemua perbelanjaan keluarganya
mencukupi. Jika suami seorang yang kedekut, maka isteri bolehlah mengambil duit suami tanpa pengetahuannya sekadar
had yang mencukupi untuk tujuan perbelanjaan harian seperti makan, minum dan persekolahan anak sahaja.

Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa Hindun binti Atabah iaitu isteri kepada Abu Sufian R.A yang datang mengadu
masalah yang dihadapinya kepada Rasulullah SAW, berkenaan Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam
perbelanjaan. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya, sehingga isterinya terpaksa datang
mengadu dan menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah. Berhubungan persoalan ini, Rasulullah SAW
bersabda:
“Ambillah apa-apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya.” (Riwayat Muslim).

Tetapi pengambilan ini mempunyai had di mana si isteri hanya perlu mengambil untuk keperluan sahaja dan adalah HARAM
sekiranya si isteri mengambilnya dengan melebihi keperluan yang diperlukan isteri dan anak-anaknya.

Melalui hadis yang telah dinyatakan di atas banyak pengajaran yang boleh kita fahami, antaranya:-

1. Hanya kepada yang berkenaan dan berkaitan sahaja kita boleh menceritakan keburukan serta tabiat seseorang.
Namun, sebagai seorang Islam kita dilarang sama sekali untuk mengata dan mengumpat sesama Muslim.

2. Apabila disampaikan atau pengaduan keburukan seseorang kepada kita, kita harus mendengar dengan teliti untuk
kepastian dan pengadilan sesuatu hukum berlandaskan agama Islam.

3. Kita boleh mengambil dan menggunakan duit suami tanpa melebihi had biarpun tiada kebenarannya untuk sekadar
perbelanjaan bagi sesuatu urusan yang diperlukan sahaja.

Wallahualam.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768