Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00476
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk DILEMA BEKERJA
Soalan Saya seorang wanita bekerjaya. Baru-baru ini, saya dan dan suami telah dikurniakan seorang anak. Suami meminta saya
berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak. Apakah saya perlu berhenti kerja?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas persoalan yang
diajukan.

Tindakan suami puan adalah satu langkah yang gentleman dan berani. Tindakannya menandakan suami puan mampu dan
bersedia untuk menanggung kesemua keperluan puan dan anak-anak. Maka, puan boleh memilih untuk berhenti kerja dan
memberikan sepenuh perhatian untuk mendidik anak-anak. Tujuan utama perkahwinan adalah untuk menambahkan
zuriat. Maka mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang penting. Jika mahu meneruskan kerjaya, berbincang
dengan suami adalah langkah terbaik.

Wallahu a'lam.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768