Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00475
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akhlak
Sub Kategori Adab-adab Sosial
Tajuk BERCAMPUR LELAKI DAN WANITA
Soalan Saya seorang wanita yang berulang-alik ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam seperti Light Rail Transit
(LRT). Kebiasaanya jika LRT penuh, lelaki dan wanita terpaksa bersesak-sesak dalam koc. Apakah nasihat ustaz?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas persoalan yang
diajukan.

Sekiranya boleh, cuba sedaya-upaya untuk mencari ruang dan berada dalam kalangan wanita ketika menggunakan LRT.
Elakkan bersesak-sesak khususnya bersama-sama lelaki yang bukan mahram bagi menghindari berlakunya sesuatu yang
tidak diingini. Lelaki seharusnya lebih memahami dengan memberi ruang yang khusus kepada golongan wanita. Justeru,
usaha mewujudkan koc khas untuk wanita oleh pihak bewajib merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik.

Wallahu a'alam
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768