Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00474
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk PAYUNG EMAS
Soalan Sering kita mendengar masyarakat umum menyebut isteri yang membenarkan suaminya berpoligami akan menerima
payung emas di akhirat kelak. Apakah wujud dan sahih perkara ini?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih atas persoalan yang diajukan.

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas.
Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar.

Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami
dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang
isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita
tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

Firman Allah SWT:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah
memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya
dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn
Hibban, 9/471]

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah
tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang
menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768