Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00473
Kategori Penyoal Individu
Kategori Lain-lain
Sub Kategori Lain-lain
Tajuk LOGO HALAL SEDUNIA
Soalan Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti logo-logo halal luar Negara?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan
Segala pujian bagi Allah SWT, solawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih atas persoalan yang diajukan.

Dalam usaha mendapatkan barangan dan produk yang disahkan halal, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
berat oleh setiap pihak sama ada pengguna, pengusaha mahupun pihak berkuasa. Penjelasannya seperti berikut:

Pengguna

Tidak dinafikan, secara realitinya ia agak sukar untuk diamalkan kerana akses yang terbatas atau tiada sumber rujukan di
tempat membeli-belah. Kesedaran masyarakat untuk mengambil peduli berkenaan logo-logo halal luar Negara masih
rendah. Hal ini kerana sebahagian besar pengguna berasakan bahawa kewujudan dan logo halal pada produk sudah
memadai sedangkan ia masih belum tentu diiktiraf oleh JAKIM atau sebaliknya.

Pengusaha

Meskipun produk halal dan berlogo halal bukanlah syarat wajib yang dikenakan ke atas pengusaha untuk dipasarkan
kepada pengguna, namun kesedaran masyarakat terhadap produk halal semakin meningkat. Peningkatan kuantiti produk
halal semakin bertambah di pasar raya mahupun kedai-kedai. Meskipun begitu, masih ada sebilangan produk yang tidak
disahkan halal atau menggunakan logo yang diragui kesahannya.

Senarai Badan Luar Negara Diiktiraf

Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh
negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis
tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga
penting agar pengguna tidak keliru.

Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara. Pengguna boleh menghubungi badan
Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut.

Untuk mengenalpasti logo halal dari luar negera bolehlah merujuk link di bawah ini:

http://www.halal.gov.my/ckfinder/userfiles/files/cb2/26072018%201%20JUNE%20%202018%20SENARAI%20CB%20TE
RKINI.pdf

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768