Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00466
Kategori Penyoal Pertubuhan
Kategori Lain-lain
Sub Kategori Lain-lain
Tajuk ISU FATWA BERKENAAN DENGAN PENGGUGURAN BAYI DOWN SYDROME
Soalan Assalamualaikum, tuan.

Saya Syaza Farzana pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 3
semester 1 jurusan undang-undang bersama dengan ahli kumpulan saya sedang
menjalankan kajian bertajuk \'Abortion of Down Syndrome Babies\' untuk
matapelajaran Usul Fiqh.

Walaubagaimanapun, sepanjang kajian dijalankan kami hanya mendapati bahawa
kandungan boleh digugurkan bagi bayi yang menghidap zika semasa dalam
kandungan dan tidak menjumpai fatwa mengenai bayi yang disahkan menghidapi
down syndrome oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan boleh digugurkan.

Justeru itu, saya sebagai wakil ingin menanyakan pendapat tuan berkenaan dengan
bayi yang disahkan down syndrom oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan
boleh digugurkan atau tidak mengikut perspektif Islam di Malaysia.

Saya amat berharap pihak tuan dapat memberi respon

Terima kasih,
Wassalam.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Terimakasih atas pertanyaan yang
dikemukakan.
Ulasan

Keputusan ini boleh dijadikan panduan:-

1. Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang
pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dan
memutuskan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang
teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.


2. Cadangan Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassemia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang
bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan isu Cadangan Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap
Penyakit Thalassemia. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1) MAKRUH menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari, sekiranya TIDAK mendatangkan bahaya
pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

2) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah HARUS sekiranya janin itu CACAT dan BERPENYAKIT
yang boleh membahayakan nyawa ibu.

3) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah HARAM, kerana pengguguran itu dianggap satu
jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh KECUALI pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas
sebab kecacatan yang teruk.

3. Dalam membuat pertimbangan untuk menggugurkan kandungan atau janin ini hendaklah memenuhi syarat-syarat
berikut:

a) mendapat pengesahan pakar-pakar perubatan yang dipercayai;
b) pengguguran tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk;
c) keputusan dibuat secara case by case;
d) mendapat persetujuan pasangan.

Wallahu'alam
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768