Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00444
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akidah
Sub Kategori Akidah
Tajuk UPACARA MIRING
Soalan Apakah hukumnya jika saya terlibat dalam upacara Miring yang dilakukan oleh masyarakat Iban? Ini kerana saya
difahamkan upacara tersebut adalah berunsur pemujaan roh.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Upacara Miring (dari istilah piring) merupakan adat orang-orang Iban yang mendiami rumah panjang di Sarawak. Ia
merupakan sebahagian daripada adat pegan yang berasaskan pemujaan semangat dan roh. Ia biasanya dirayakan pada
hari Gawai Dayak, sempena musim menuai orang-orang Iban untuk memohon ‘keberkatan’ dari roh dan semangat bagi
memohon hasil tuaian yang banyak dan mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada zaman silam, upacara miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau meneroka kawasan baru serta
ketika penghuni berpindah ke rumah panjang yang baru. Upacara Miring dikendalikan oleh seorang bomoh yang dikenali
sebagai Manang. Tujuan upacara Miring diadakan ialah untuk memberi hidangan kepada semangat yang dinamakan
‘pengaroh’ yang bertugas menjaga tuannya.

Antara hidangan yang disediakan untuk ‘pengaroh’ ialah ayam yang disembelih sebagai korban dan akan dikibas-kibaskan
sebagai tanda pemberian kepada ‘pengaroh’. Selain itu, hidangan yang disediakan ialah nasi pulut putih, nasi pulut hitam,
telur yang dimasak, daun apong, tembakau, sagun semuanya disiram dengan air tuak. Majlis ini akan diakhiri dengan tarian
Ngajat yang menggambarkan aktiviti menuai dengan penari perempuan akan menari mengelilingi pokok ranyai yang dibuat
dari pokok Nipah.

Hukum terlibat secara langsung dengan upacara ini adalah haram kerana ia merupakan amalan Syirik dan bertentangan
dengan akidah Islam.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768