Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00442
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk RM ITEM RIBAWI
Soalan Adakah mata wang fiat seperti RM termasuk dalam barang ribawi seperti emas dan
perak?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Sebagaimana dimaklumi bahawa pada hari ini mata wang kertas (wang fiat) merupakan medium pertukaran
dalam urusan
jual beli di seluruh dunia, dengan setiap Negara mempunyai mata wang tersendiri.

Pada zaman awal Islam, medium pertukaran dalam urusan jual beli adalah emas dan perak. Hadith-hadith
yang menyebut
tentang Bay Al-Sarf secara teksnya adalah merujuk kepada emas dan perak, ataupun dinar dan dirham.
Walau bagaimanapun, para ulama hari ini sama ada melalui fatwa secara individu, fatwa secara kolektif
ataupun melalui
resolusi persidangan badan-badan fatwa atau kajian Syariah yang terkenal, telah bersepakat bahawa mata
wang kertas ada
pada hari ini adalah sama hukumnya dengan emas dan perak dari sudut hukum riba, zakat dan salam serta
lain-lain hukum
yang berkaitan.

Akademi Feqah Islam Antarabangsa OIC (majma Al-Fiqh Al-Islami Al-Dawli) di dalam persidangan ke -3 yang
diadakan di
Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang
berbunyi:

بِخُصُوْصِ أَحْكَامِ العُمُلاَتِ الوَرَقِيَّةِ: أَنَّهَا نَقُوْدٌ اعْتِبَارِيَّةٌ فِيهَا صِفَةُ الثَّمِنِيَّةِ كَا مِلَةٌ وَلَهَا الأَحْكَامَ الشَّرْعِيَّةُ المُقَرَّرَةُ لِلذَّهَبِ وَالفِضَّةِ مِنْ حَيْث أَحْكَمِ الرَّبَا وَالزَّكَاةِ
وَالسَّلَمِ وَسَائِرِ أَحْكَامِهِمَا

Maksudnya: ʺBerkaitan hukum-hukam mata wang kertas, bahawa ia adalah mata wang (nuqud) secara i’tibari,
yang
mempunyai sifat harga/nilai (Al-Thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukum-hakam syarak yang
telah
ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam dan segala hukum-hakamnyaʺ.
(Majalah Majma’ Al-
Fiqh Al-Islami, Bil: 3, J. 3 H. 1650)

Kesimpulannya, mata wang kertas yang digunakan pada hari ini adalah termasuk dalam item ribawi seperti
emas dan perak.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768