Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00438
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUKUM PEREMPUAN YANG DIDATANGI HAID MELAKUKAN TAWAF
Soalan Apakah hukum perempuan yang didatangi haid melakukan tawaf?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Imam-imam empat mazhab berpendapat bahawa perempuan yang didatangi haid dilarang melakukan tawaf berdasarkan
hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.ha. ketika beliau kedatangan haid:

افعلي ما يفعل الحاج غير ألا تطوفي بالبيت حتى تطهري

Maksudnya: “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, namun jangan melakukan tawaf di
Baitullah melainkan setelah kamu suci.”(Riwayat al-Bukhari, no.290 dan Muslim, no.1211)

Jika perempuan haid itu mengingkari lalu melakukan tawaf, maka tawafnya tidak sah dan dia hendaklah membayar dam.

Ulama Mazhab Hanafi mengatakan bahawa tawafnya sah dan dia dikenakan seekor unta. Begitu juga perempuan yang
bernifas dan orang yang berjunub, kedua-duanya dikenakan seekor unta”.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768