Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00437
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akidah
Sub Kategori Akidah
Tajuk MENANDAKAN KUBUR DENGAN MELETAKKAN TANDA SEPERTI TULISAN/BATU
Soalan Kita biasa melihat di atas tanah perkuburan diletakkan batu dan juga tanda yang bertulis. Adakah harus menandakan kubur
dengan meletakkan tanda seperti tulisan atau batu?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Terima kasih di atas persoalan yang dikemukakan.

Jawapan:

Mengikut mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki bahawa harus menanda dengan batu, kayu atau seumpamanya. Hal ini kerana
perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW adalah membuat binaan di atas kubur.

Mengikut pendapat Hanafiah dan al-Subki Rahimahullah daripada ulama al-Syafi’I bahawa tidak mengapa menulis dengan
tulisan sekiranya perlu.

Mereka berdalilkan hadis iaitu Rasulullah SAW meletakkan batu di sisi kepala kubur Uthman bin Maz’un r.a., sambal
bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui dengannya kubur saudaraku dan mengebumikan di sisinya mereka yang mati
daripada kalangan keluargaku”. (Riwayat Abu Daud, no. 3208. )

Manakala menulis ayat al-Quran di perkuburan, ia tidak harus kerana boleh membawa kepada pencemaran dan penghinaan
terhadap ayat-ayat suci.

Wallahu a'alam.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768