Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00432
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUKUM MEMAKAN CUKA ARAK PUTIH
Soalan Apakah hukum memakan cuka arak putih? Ini kerana, cuka daripada sumber apa pun apabila proses penapaian
(fermentation), ia tidak memabukkan. Cuma cuka arak putih mempunyai kandungan alkohol tetapi tidak memabukkan.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Persolan tersebut dijawab seperti berikut:-

Semua jenis cuka termasuk sejenis cuka yang dipanggil cuka arak putih (white wine vinegar) adalah halal, sekalipun ketika
proses pembuatannya ia melalui satu fasa di mana ia menjadi arak sebelum proses penapaian sempurna berlaku sehingga
bertukar menjadi cuka.

Walaubagaimanapun, jika sekiranya proses perubahan daripada arak kepada cuka adalah melalui proses campuran bahan
luaran, maka Mazhab Syafie serta kebanyakkan ulama berpendapat bahawa ia haram dimakan.

Hukum ini juga diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 yang memutuskan:

“…bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar.
Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah
halal”.

Kesimpulannnya, cuka arak putih yang terhasil melalui proses pembuatan yang tidak melibatkan campuran bahan luar,
adalah halal.



Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768