Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00431
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUKUM MAKAN ZAKAR KAMBING
Soalan Apakah hukum memakan organ-organ binatang seperti zakar kambing sepertimana
yang ditunjukkan dalam rancangan Fear Factor?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Terima kasih di atas persoalan yang dikemukakan.

Jawapan:

Hukum organ binatang adalah mengikut hukum daging binatang tersebut. Jika daging binatang itu halal dimakan setelah ia
disembelih mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syarak, maka organ binatang itu juga halal dimakan.

Oleh itu, hukum memakan zakar kambing setelah kambing itu disembelih adalah halal, namun ia juga adalah makruh kerana
ia adalah anggota binatang yang tidak dianggap baik oleh majoriti umat Islam (Ibnu Qudamah, Al-Mughni).

Imam Al-Zayla’i menjelaskan dalam bukunya ‘Tabyiin Al-Haqa’iq’:
“Makruh makan anggota badan kambing seperti zakar, tiroid, pundi kencing dan pundi hempedunya, kerana ia adalah
anggota yang dianggap kotor dan tidak disukai oleh majoriti umat Islam.

Wallahu a'alam
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768