Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00422
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUBUNGAN IBU SAUDARA YANG MENYUSUKAN
Soalan Setelah saya berusia 20-an baru saya mengetahui bahawa makcik saya pernah
menyusukan saya ketika saya kecil kerana ibu saya ada masalah untuk menyusukan
saya. Bagaimanakah hubungan saya dengan makcik saya?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Jika memenuhi syarat berikut, bayi yang menyusu kepada seseorang wanita menjadi anak susuan kepadanya. Syarat
tersebut ialah:-

1. Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
2. Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
3. Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Status ibu susu adalah sama dengan status ibu kandung iaitu menjadi mahram (tidak boleh dikahwini sampai bila-bila). Ini
berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ : ayat 23 yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) : ibu-ibu kamu, ..…ibu-ibu kamu yang
telah menyusukan kamu….”

Manakala batasan aurat seseorang wanita di hadapan anak lelakinya yang sudah baligh adalah seluruh anggota badan,
kecuali anggota yang zahir seperti kepala dan rambut, lengan tangan dan tapak kaki. Manakala anggota badan yang lain
adalah aurat yang haram dilihat oleh lelaki mahram selain suaminya.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768