Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00421
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUKUM MASUK MASJID KETIKA HAID
Soalan Saya ingin bertanya tentang hukum wanita memasuki masjid ketika didatangi haid.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Wanita yang sedang haid haram memasuki dan duduk di dalam masjid. Berdasarkan sabda rasulullah SAW :

“Aku tidak benarkan wanita yang didatangi haid dan orang yang junub memasuki masjid ini”.
(Hadith direkod oleh Imam Al-Bukhari dan Abu Daud)

Fatwa yang berkaitan dengan isu ini:

1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang
pada 19 September 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata.

Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid
walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

2. Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada Ogos 2001:
i. Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk di dalam masjid walaupun dengan tujuan
pembelajaran semata-mata.
ii. Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui
sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Kawasan masjid yang dilarang wanita haid duduk padanya ialah kawasan yang dijadikan tempat sembahyang secara
berjemaah. Namun, jika pihak masjid ada menyediakan satu kawasan khas untuk majlis tertentu seperti upacara akad nikah,
yang bukan tempat sembahyang berjemaah dilakukan, maka wanita haid boleh duduk di kawasan tersebut.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768