Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00404
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk NAZAR
Soalan Saya bernazar untuk memberikan sebuah komputer di pejabat saya
sekiranya hajat yang saya impikan tercapai. Kemudian, dengan izin Allah
SWT, pejabat saya telah memperoleh set komputer yang lengkap. Dan saya
merasakan jika saya memberikan sebuah komputer, maka akan
mendatangkan masalah pada pejabat saya. Adakah saya masih perlu cara
lain untuk menyelesaikan permasalahan saya ini?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Mengikut hukum asal, nazar wajib ditunaikan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

Maksudnya :
“(Ingatlah), ketika isteri Imran berkata : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam
kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Oleh itu, terimalah (nazar) itu daripadaku.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Ali-Imran 3:35)

Begitu juga sabda Nabi Muhammad SAW :

من نذر أن يطيع الله فليطعه، ومن نظر أن يعصيه فلا يعصه

Maksudnya :
Barangsiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya dan barangsiapa yang bernazar untuk
derhaka kepadaNya maka jangan derhakaiNya.
(Riwayat al-Bukhari, no. 6318)

Nazar terbahagi kepada dua, iaitu :

I. Jika bernazar untuk mentaati Allah SWT, maka ia wajib ditunaikan.
II. Jika bernazar untuk derhaka kepada Allah SWT, maka haram melakukan nazar tersebut.

Manakala nazar yang harus, contohnya seseorang berkata : “Jika saya dapat satu-satu hajat, saya hendak mencukur
kepala.” Ulama menyatakan nazar jenis ini tidak perlu ditunaikan. Oleh sebab itu, disarankan kepada saudara untuk
menderma komputer ke tempat yang lebih baik seperti didermakan ke sekolah agama atau rumah anak-anak yatim atau
pelajar pengajian tinggi yang miskin yang memerlukan komputer.

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768