Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00403
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk HARTA PENINGGALAN
Soalan Adakah berdosa untuk kami (adik beradik) memberikan harta peninggalan si
mati (arwah bapa saya) kepada keluarga di sebelah arwah bapa saya
sedangkan harta peningalan bapa si mati dan adik kepada si mati (bapa
saudara kami) yang telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk dan
bapa saya masih belum selesai?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Jawapan kami seperti berikut:

1. Sila rujuk ke Mahkamah Syariah kerana ini merupakan masalah munasakhah (مناسخة) iaitu pembahagian harta yang
belum selesai, kemudian salah seorang penerimanya meninggal dunia.

2.Sebaik-baiknya harta peninggalan tersebut hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid di samping adanya unsur
bertimbang rasa, tolong-menolong dan kasih sayang supaya jangan disebabkan harta boleh membawa kepada berpecah
belah dan retak institusi kekeluargaan. Lebih parah lagi, jika ia boleh membawa kepada terputusnya hubungan
silaturrahim, sedangkan Allah SWT menegaskan :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya : “Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah
hubungan silaturrahim kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.
(Surah an-Nisa' 4:1)

3. Semua agama sependapat bahawa menghubungkan tali persaudaraan antara kaum kerabat merupakan suatu
kewajipan,
dan memutuskannya merupakan suatu perbuatan yang diharamkan. Dalam hadis diceritakan bahawa Asma' binti Abu
Bakar
ٌRA berkata kepada Nabi SAW bersabda :

إن أمي قدمت علي وهي راغبة وهي مشركة أفأصلها

Maksudnya : “Sesungguhnya ibuku datang kepadaku dengan senang hati sedangkan dia seorang yang Musyrik, maka
adakah aku
menyambung perhubungan dengannya? Maka Baginda menjawab : Ya, hubungilah ibumu”.
(Riwayat al-Bukhari, no. 3012 dan Muslim, no. 1003)

Betapa pentingnya hubungan tali persaudaraan sehinggakan fadhilatnya turut dikurniakan sekalipun dengan menjalinkan
silaturrahim dengan orang bukan Islam.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768