Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00401
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk MENGGUNAKAN DUIT HARAM UNTUK MEMBELI RUMAH
Soalan Kebanyakan orang Islam sedia maklum bahawa duit haram tidak boleh diambil
apatah lagi digunakan untuk membeli barang makanan. Apakah hukum
sekiranya seseorang itu menggunakan duit haram yang diperolehnya daripada
pelaburan internet untuk membeli rumah atau kereta ?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Hukum menggunakan duit atau pendapatan yang haram, adalah haram. Ini kerana Islam amat menitik beratkan urusan
kewangan.

Kaedah menyebut : ما حرم فعله حرم طلبه

Maksudnya : Sesuatu yang haram dilakukan, maka haram menuntutnya.


Firman Allah SWT :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Surah al-Baqarah 2:188)

Maksudnya : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang
batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”.

Ayat ini menunjukkan bahawa harta yang kita perolehi untuk menyara kehidupan seperti makanan dan minuman,
mestilah daripada sumber yang halal.

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan arahan supaya makan daripada harta yang baik, sama ada baik dari sudut
fizikalnya atau dari sudut maknawinya.

Firman Allah SWT :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNya kamu menyembah”.
(Surah al-Baqarah 2:172)

Oleh sebab itu, menjauhi sumber yang haram seperti riba adalah fardu ain ke atas setiap orang Islam. Benarlah sabda
Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas dan
di antara kedua-duanya terdapat perkara yang syubhat dan ramai daripada kalangan manusia yang tidak
mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan
kehormatannya.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 52 dan Muslim, no. 1599)

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768