Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00400
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk HUKUM SEMBELIHAN BINATANG KORBAN YANG SAKIT
Soalan Kita biasa mendengar tentang haiwan yang dipilih untuk menjadi sembelihan
ibadah korban mestiah tidak sakit dan cukup sifatnya. Apakah hukum
sembelihan binatang korban yang sakit ?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata : “Binatang ternakan tersebut mestilah tidak mempunyai kecacatan yang boleh
mengurangkan dagingnya. Oleh sebab itu, kambing yang telah tiada otaknya kerana terlalu kurus adalah tidak memadai
untuk dikorbankan. Begitu juga binatang yang jelas tempang atau buta sebelah mata atau sakit atau yang terpotong
sebahagian telinganya, tidak memadai dan tidak sah untuk dibuat korban.
(Riwayat al-Tirmdzi, no. 1497 dan Abu Daud, no. 2800)

Al-Barra' bin Azib RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Empat perkara yang menyebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk dikorbankan, iaitu: yang jelas
matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas tempangnya dan yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.
(Riwayat Abu Daud, no. 2804. Al-Tirmidzi, no. 1497. Al-Nasa'i, no. 4369. Ibn Majah, no. 3144. Kata al-Tirmidzi : Hadis
ini hasan sahih)

Setiap perkara yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah diqiaskan kepada keempat-empat
kecacatan tersebut.

Jika sakitnya ringan, ia tidak dilarang untuk dijadikan binatang korban, tetapi jika nyata sakitnya sehingga
mengurangkan daging, maka ia ditegah untuk dijadikan binatang korban. Ini adalah pendapat Imam al-Nawawi di dalam al-
Raudhah.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768