Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00399
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk ISTERI MENDESAK SUAMI MENCERAIKAN MADUNYA
Soalan Seorang suami mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama memberi amaran
kepadanya agar menceraikan isteri kedua jika ingin terus bersamanya. Namun,
si suami enggan menurutinya malah membiarkan isteri pertamanya itu hidup
begitu sahaja. Apakah hukum jika si isteri bersikap sedemikian ?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Isteri tersebut, samada ada isteri pertama atau isteri kedua, tidak berhak untuk memaksa suami menceraikan isteri yang
lain atau mengeluar perintah atau تحذير (amaran) kepada suami. Dalam hal penceraian, adakah suami akan menuruti
isterinya dalam perkara yang dimurkai oleh Allah SWT?

Sabda Nabi SAW:

أبغض الحلال إلى الله الطلاق

Maksudnya : Perkara halal yang paling dibenci Allah SWT adalah talak.
(Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim Sahih, Daripada Ibnu Umar RA)

Allah SWT berfirman:

فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ

Maksudnya: Maka lantiklah seorang hakim daripada keluarga sebelah lelaki dan seorang hakim daripada keluarga
sebelah perempuan jika kedua-duanya menginginkan kebaikan, Allah akan memberi taufik kepada kedua-duanya.
(surah al-Nisa', Ayat: 35)

Daripada ayat ini Allah SWT menganjurkan supaya suami dan isteri kembali berdamai melalui wakil kedua-dua pihak
yang dilantik.Tujuannya adalah untuk islah iaitu bagi tujuan kebaikan serta perdamaian.

Hadis Ma'qal bin Yasar menyebutkan:

تزوجوا الودود الولود، فإني مكاثر يوم القيامة

Maksudnya: Kahwinilah gadis sunti (dara) yang subur, sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya kamu pada hari
Kiamat. (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Hibban, al-Baihaqi)

Hadis ini memperjelaskan bahawa Nabi SAW menggalakkan berkahwin dan meramaikan zuriat yang berkualiti di atas
muka bumi ini. Oleh itu adalah tidak digalakkan bercerai berai dalam perkahwinan supaya masyarakat Islam akan kuat
dan bersatu atas agama Allah.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768