Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00398
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk HUKUM MENYEWAKAN RUMAH KEPADA ORANG KAFIR
Soalan Saya telah menyewakan rumah kepada seseorang yang bukan beragama Islam. Pada waktu tersebut, kewangan saya amat
mendesak. Selepas beberapa bulan, barulah saya berfikirkan tentang sudut pandang hukum hakam Islam berkenaan
dengannya. Mohon pencerahan.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Hukum menyewakan rumah kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah harus. Malah membeli sesuatu
daripada mereka dan meminjamkan sesuatu kepada mereka pun dibolehkan. Rasulullah SAW pernah menggadaikan baju
besi Baginda kepada seorang lelaki Yahudi, sebagaimana yang disebutkan oleh Anas bin Malik RA:

وَلَقَدْ رَهَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دِرْعًا لَهُ بِالْمَدِينَةِ عِنْدَ يَهُودِيٍّ وَأَخَذَ مِنْهُ شَعِيرًا لِأَهْلِهِ

Maksudnya : Sesungguhnya baju perang Baginda SAW digadaikan kepada seorang lelaki Yahudi untuk mendapatkan barli
sebagai makanan ahli keluarga Baginda SAW.
(Riwayat Bukhari)

Dalam usaha kerjasama dalam perdagangan, pertanian dan perindustrian maka ia dibolehkan. Yang tidak dibolehkan ialah
redha dengan agama mereka dan setia kepada mereka. Selain itu ia tidak dibolehkan jika diketahui rumah itu akan dijadikan
tempat ibadat mereka atau urusan maksiat seperti perjudian dan seumpama dengannya oleh mereka.

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Maksudnya : Kamu tidak menjumpai kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang
dengan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya.
(Surah al-Mujadalah : 22 )

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768