Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00362
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akidah
Sub Kategori Akidah
Tajuk PERIHAL KEJADIAN MASA
Soalan Siapakah Makhluk pertama yang dicipta oleh Allah.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Terima kasih di atas persoalan yang telah dikemukakan. Jawapannya adalah seperti berikut:-

Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia yang pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Nabi Adam A.S. Ini
berdasarkan apa yang disebut oleh Al-Qur'an dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30, yang merujuk kepada penciptaan Nabi
Adam A.S sebagai khalifah:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
Khalifah di muka bumi."

(Surah Al-Baqarah : 30)

Namun timbul persoalan adakah ada makhluk yang lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan Ahli
Arkeologi dan Antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?

Sebagai seorang muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh Al-
Quran. Justeru itu kita menyakini bahawa manusia pertama yang dicipta Allah SWT ialah Nabi Adam AS.

Namun kewujudan makhluk yang lain boleh dijelaskan seperti berikut:-

1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam AS.

2. Selain itu golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif daripada Tuhan juga telah diciptakan
Allah SWT sebelum ciptaan manusia. Ini berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: "Jin diciptakan pada
dua ribu tahun sebelum Adam AS"

3. Berdasarkan pandangan di atas juga kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang dikaji dan
dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang tidak mustahil.

4. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam AS telah ada makhluk yang diciptakan oleh Allah
SWT yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia. Justeru
tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan
seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.


Rujukan:

Q&A BERSAMA FELO FATWA SIRI 1, Halaman 17, Cetakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768