Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00360
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk KOSMETIK HALAL
Soalan Assalamualaikum..adakah terdapat sebarang fatwa mengenai kosmetik di Malaysia?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Dalam hal penggunaan kosmetik ini, kami berpendapat beberapa perbincangan telah dilakukan sebagai panduan hukum
kepada masyarakat Islam. Pada asasnya Islam mengharuskan apa sahaja produk asalkan ianya melalui proses yang suci,
halal, tidak bernajis dan tidak mendatangkan kemudharatan terhadap pengguna serta mendapat kelulusan daripada pihak
yang berautoriti. Adapun fatwa mengenai kosmetik itu ada yang bersifat umum dan khusus mengikut campuran dan bahan
yang digunakan.

Kami mengesyorkan bagi sesiapa yang menggunakan alat-alat atau bahan-bahan kosmetik dengan campuran tertentu
hendaklah dirujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti supaya jelas halal dan haram, kesucian dan keselamatannya
kandungan di dalamnya. Ini untuk mengelakkan sebarang syubhah. Antara panduan hukum berkaitan produk kosmetik
adalah seperti berikut:-

http://muftiwp.gov.my/ms/bayan-linnas-cat/903-bayan-linnas-siri-ke-88-isu-kosmetik-mesra-wuduk


http://muftiwp.gov.my/ms/irsyad-fatwa-umum-cat/910-irsyad-al-fatwa-siri-ke-188-hukum-penggunaan-siput-babi-dalam-
penghasilan-produk-kosmetik

http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=2076:al-kafi-511-hukum-memakai-alat-solek-
serbuk-emas&catid=83&Itemid=409&lang=ms
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768