Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00349
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk HUKUM JUAL BELI ANGGOTA BADAN
Soalan apakah hukum jual beli anggota badan
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Hukum menjual beli anggota tubuh manusia terbahagi kepada 2 hukum. Ini
berdasarkan kepada
pandangan dikalangan ulamak yang kontemporari, antaranya Dr Yusuf
AL-Qaradawi
dan yang lain
menyatakan Haram.

Antara sebabnya manusia ialah makhluk yang mulia.tindakan menjual
bahagian
daripada tubuh manusia ialah
tindakan merendahkan martabat manusia dan manusia tidak memiliki jasadnya
sendiri maka tidak harus
mereka menjualnya.

Berdasarkan Firman Allah Taala didalam surah Al-Isra Ayat :70

ولقد كرمنا بني ءادم

Ertinya :"Sesungguhnya kami telah muliakan Bani Adam".

Melalui Saidina Jabir berkata: 'Kami keluar bersama Nabi saw ke arah
satu jenazah
yang akan dikuburkan.
Maka Nabi duduk di tebing kubur dan kami duduk bersama-samanya.Tiba-tiba
pengali kubur yang sedang
mengali kubur mengeluarkan sepotong tulang sama ada tulang betis atau
lengan
dan cuba hendak
mematahkannya.Nabi yang melihat perlakuan tersebut saraya bersabda;

لا تكسرها فان كسرك اياه ميتا ككسره حيا ولكن دسه فى
جانب القبر
Maksudnya; ''Janganlah kamu mematahkan tulang itu,maka sesungguhnya
perbuatanmu mematahkan tulang
mayat itu seperti kamu mematahkan tulangnya ketika hayatnya masih
hidup, tetapi
tanamlah ditepi kubur".

Selain itu ada juga yang berpendapat hukum menjual anggota tubuh badan
adalah
diharuskan. Kata
Ibnu Hazm." Rambut, najis,air kencing dan semua benda yang dibuang,
apabila
dimiliki maka seseorang
boleh menjualnya.

Manakala kata Ibnu Qudamah berkata ," Kesemua anggota tubuh manusia boleh
dijual. Golongan yang
mengharuskan berhujah adalah berdasarkan Qiyas Ibnu Qudamah yang
mengharuskan penjualan susu ibu
dan semua bahagian daripada tubuh manusia yang boleh dimanfaatkan.

Setelah di teliti pandangan yang mengatakan haram adalah lebih ceria
dengan
Maqasid Syariah; iaitu
menjaga Agama, Nyawa, Aqal, Harta serta Nasab. Dalam masa yang sama
tidak
mendedahkan kepada
keburukan yang besar seperti penculikan kanak-kanak atau orang dewasa
dengan
tujuan mengambil organ
mereka.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768