Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00348
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akhlak
Sub Kategori Adab-adab Sosial
Tajuk PANDANGAN TENTANG ULAMA
Soalan Sejauh manakah ulama-ulama di Malaysia kredible? Bolehkah beri sedikit penerangan?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Pada penelitian kami secara umum bersangka baik dengan ulamak sebahagian daripada sifat
orang yang beriman. Kedudukan ulama sangat besar di dalam arena kehidupan sehingga di dalam al-Quran
terdapat 2 kali perkataan ulamak yang disebut. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan
agama.

Perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang sangat luas. Soal sejauhmanakah
kepercayaan kepada ulamak tergantung pada ketakwaannya kepada Allah. Jika semakin takut dia kepada
Allah semakin banyak ujian yang akan ditempuhi begitu sebaliknya.Status atau kedudukan ulamak adalah
pemberian yang diberikan oleh Allah. Manusia yang maha kerdil kemampuan untuk menilai hebat atau
mulianya seseorang tidak hanya sekadar diukur melalui apa yang kita lihat atau hanya sekadar
mendengar semata-mata bahkan hendaklah kite mendampingi ulamak.

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya;
" Wahai anakku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan
hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan”





Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768