Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00328
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk HUKUM KAHWIN DI THAILAND
Soalan Saya dan pasangan sudah berkahwin di pejabat agama islam di
songkhla,thailand dan sudah mendapat pengesahan konsulat Malaysia di
sana.

Minta pencerahan dari ustaz hukum sah atau tidak berkahwin di thailand
menggunakan wali hakim disana tanpa pengetahuan wali perempuan (ayah)
kerana wali tersebut telah tidak bersetuju mengahwinkan sekarang dengan
alasan belum habis belajar dan bekerja walaupun telah kami minta untuk
nikah khitbah untuk mengelakkan zina?

Terimakasih
Jasa baik ustaz amat dihargai.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Pada pandangan kami, sekiranya pernikahan tersebut memenuhi rukun-rukun nikah yang ditetapkan, jarak
tempat tinggal dengan tempat yang diakad nikah melebihi 2 marhalah dan wali hakim yang sah (wali hakim yang
dilantik oleh Pihak Berkuasa Agama Thailand), maka pernikahan tersebut adalah sah dari segi hukum syarak.

Walau bagaimana pun pernikahan tersebut hendaklah didaftarkan di Malaysia/negeri tempat tinggal bagi
mengesahkan secara rasmi pernikahan tersebut dan didaftarkan.

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768