Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00300
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk TAYAMUM
Soalan Adakah wajib menyapu kedua tangan hingga ke siku dalam tayamum?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Hukumnya wajib menyapu kedua tangan dan siku. Ini kerana kedua tangan dan siku termasuk dalam rukun
Tayamum (walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai ke siku memadai di pergelangan tangan
sahaja)

Berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 43

وان كنتم مرضى او على سفر او جاء احد منكم من الغائط او لامستم النساء فلم تجدوا ماء فتيمموا صعيدا
طيبا فامسحوا بوجوهكم وايديكم
Maksudnya; Dan apabila kamu dalam keadaan sakit atau engkau sedang dalam perjalanan atau salah
seorang di antara kamu pulang dari ghait (membuang air) atau kamu menyentuh perempuan ,sedang kamu
tidak mendapati air,maka hendaklah kamu mencari tanah yang suci kemudian sapulah muka dan kedua
tangan kamu.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan muslim

عن عمار بن ياسر رضي الله عنه قال : اجنبت فتمعكت فى الأرض فأخبرت النبى صلى الله عليه وسلم بذلك فقال
رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما كان يكفيك هكذا وضرب يديه على الأرض ونفخ فيهما ثم مسح بهما وجهه
وكفيه

Maksudnya: Dari Ammar bin Yasir r.a ia berkata : Pernah aku junub, maka aku gosokkan tanganku ke
tanah, lalu aku ceritakan hal itu kepada Nabi s.aw lalu Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya cukuplah
bagimu begini." lalu Rasululah SAW memukulkan kedua tangannya ke tanah dan dihembuskan kedua tangannya
kemudian menyapukan mukanya dengan kedua tapak tangannya serta dua telapak tangannya.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768