Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00299
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk DAGING KORBAN
Soalan Siapa yang layak menerima daging korban?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Cara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban
itu adalah korban yang wajib
(yakni korban
nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya
(yakni orang-orang yang berada di
bawah
tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang
dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan ke
semuanya
kepada fakir miskin.

Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging
yang dimakannya atau dengan
daging
seumpamanya. Tidak dituntut ia menyembelih lagi binatang korban kerana ia
telahpun melakukannya.

Jika korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya
untuk makan sebahagian korbannya
.(1)
فكلوا منها
"Maka makanlah sebahagian dari dagingnya" ( surah al-Hajj: 28)

dan wajib Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari
kalangan muslimin sekalipun sedikit
dan haram
makan keseluruhannya.

فكلوا منها وأطعموا القانع والمعتر
Maksudnya: Makanlah olehmu daripadanya dan hendaklah kamu memberi
makan terhadap orang yang tidak
meminta
dan orang yang meminta ( surah al- Hajj :36)

Dan disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan
mentah lagi basah kepada seorang
"
Penerima yang layak " kepada orang faqir atau miskin.

Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah
dimasak atau pemilik korban
memasak
daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya.
Begitu juga tidak memadai
sekiranya
disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan
sebagainy.Tetapi harus bersedekah
daging
yang mentah yang kering.

Disunatkan pengagihan daging binatang korban merangkumi tiga bahagian;

1-Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya sebagai
mengambil berkat dengan daging
tersebut
terutamanya bahagian hati.

2-Satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin.

3-Satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran
atau sebagainya sekalipun mereka
kaya.

Rujukan;
1) Terjemahan kifayah al-Akhyar fiqh imam Syafie Imam Taqiyuddin Abu
Bakar bin Muhammad al-Husaini
Halaman 1170
- 1171 cetakan Jahabersa)
2) Sabil al-Muhtadin kiyai al-Imam al-Allamah syeikh muhamad arsyad bin
abdullah al-Bandandanjari bab 4
m/s 39 -43
cetakan telaga biru)
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768