Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00298
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk DAGING AQIQAH
Soalan 1. ADAKAH BOLEH SAYA DAN KELUARGA MEMAKAN DAGING AQIQAH YANG
DIBUAT UNTUK ANAK LELAKI SAYA DAN JIKA BOLEH BERAPAKAH
BAHAGIANNYA?

2. ADAKAH SAMA JIKA AQIQAH NAZAR?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan 1) Sekiranya aqiqah yang dibuat itu adalah aqiqah sunat, tuan dan keluarga boleh
mengambil bahagian daging
atau memakan daging aqiqah tersebut. Jika aqiqah yang dibuat itu merupakan
aqiqah wajib (aqiqah nazar) maka
diharamkan mengambil atau memakannya, sebaliknya hendaklah disedekahkan
keseluruhannya.

2) Tidak sama antara aqiqah nazar dengan aqiqah sunat. Aqiqah nazar, dagingnya
wajib disedekahkan
keseluruhannya. Manakala aqiqah sunat, daging/masakannya boleh diambil/dimakan
oleh orang yang membuat
aqiqah tersebut.

Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768