Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00292
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk CABUTAN BERTUAH DI GEREJA
Soalan Assalamualaikum. Apakah hukum jika kita
menang cabutan bertuah yang dianjurkan oleh
gereja? Saya bekerja di sebuah syarikat yang
banyak menderma di gereja tersebut. Bos
memberi kami tiket cabutan bertuah. Orang Islam
disini tidak tahu bagaimana. Bolehkah tuan
jelaskan?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Pihak kami berpandangan dalam hal ini bahawa Cabutan bertuah
mempunyai pelbagai jenis ada yang halal dan
ada yang
haram.Keadaan tersebut berdasarkan kepada kaedah Al-Qawaid Al-
Fiqhiyyah :
الامور بمقاصدها
Maksudnya" Setiap perkara bergantung kepada tujuannya"

Hukum cabutan bertuah dibincang dalam Bab Fiqh Al-Musabaqat (
Pertandingan).Sekiranya cabutan bertuah
tersebut
mengikut peraturan syarak maka hukumnya adalah harus .tetapi sebaliknya
akan membawa kepada judi ataupun
gharar(
penipuan)

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran
untuk menyertainya adalah diharuskan
sebagai
melatih jasmani sebagai contohnya. dan sekirannya memperolehi hadiah
maka pemberian tersebut diharuskan
.Tiada
sebarang pihak akan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, Tatkala
itu tiada timbul isu memakan harta
orang lain
secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt.

Oleh itu kami berpendapat harus hukumnya selagi tidak mengandungi unsur
pertaruhan yang membawa kepada
hukum
Judi.


RUJUKAN
1- Kitab Al-Muktamat Dr Muhamad Al-Zuhaili jilid 3 Bab berlumba dan
melontar cetakan(Dar Al-Qalam damsyiq)
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768