Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00291
Kategori Penyoal Individu
Kategori Akhlak
Sub Kategori Adab-adab Sosial
Tajuk HARAM JEJAKI TANAH
Soalan Assalamualaikum...
saya bertanya bagi pihak suami saya.
Bapa mertua saya sudah lama meninggal. Bapa mertua dan ibu mertua saya
bercerai hidup. Semasa arwah bapa mertua hidup, sewaktu penceraian berlaku.
bapa mertua telah mengharamkan ibu mertua untuk jejak kaki ke tanah milik bapa
mertua. Namun sekarang bapa mertua sudah tiada. Anak-anak ingin bawa ibu
mertua tinggal bersama dimana rumah atau tanah tersebut ada milik arwah bapa
mertua. Apakah hukum keadaan tersebut? adakah haram jika si anak ingin bawa ibu
tinggal bersama di tanah tersebut, yang mana tanah tersebut telah diharamkan
kepada ibu semasa hayat arwah bapa? Harap pihak mufti dapat menjawab soalan
ini.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Berdasarkan hal tersebut, kami melihat hubungan kedua-duanya (suami dan
isteri) sudah terpisah
ketika arwah masih hidup.Oleh itu tidak mengapa sekiranya anak-anak
membawa balik semula si ibu ke
rumah, memandangkan situasi sudah berubah disebabkan arwah sudah
meninggal.

Harapan kami adalah agar sama-sama kita berdoa arwah yang pergi dalam
keadaan baik dan sejahtera
Firman Allah taala Surah Al-Hasyr ayat 10 :

ربنا اغفرلنا ولاخواننا الذين سبقونا بالايمان ولاتجعل فى قلوبنا غلا للذين امنوا ربنا انك رؤوف رحيم
Maksudnya: Wahai tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan segala dosa
saudara kami iaitu orang-orang
yang telah lebih dahulu beriman daripada kami dan janganlah engkau
masukkan dengki dihati kami
terhadap orang-orang yang beriman.wahai tuhan kami sesungguhnya
engkau maha pengasih lagi maha
penyayang.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768