Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00076
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk KUTUK SUAMI DALAM HATI
Soalan Apakah berdosa dan mesti pohon keampunan jika seorang isteri tidak suka sifat
suami
nya yang memaki-maki. Ada kalanya, kata-kata di dalam hati itu mengutuk pula suami
nya.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Perbuatan suami memaki hamun isterinya adalah berdosa. Namun begitu, puan perlu
bersabar dengan ujian ini dan
memperbanyakkan doa agar suami puan diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t
untuk menjadi suami yang soleh. Di
dalam masa yang sama, puan tidak boleh memaki atau mengutuk suami walaupun di
dalam hati.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768