Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00071
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk BATU DARI MAKKAH DALAM KASUT
Soalan Saya dapati terdapat beberapa ketul batu pada kasut yang dipakai
ketika mengerjakan umrah di tanah suci Makkah tempohari. Kasut
tersebut saya pakai ketika mengerjakan umrah sahaja dan saya sedari
setelah berada di Malaysia. Bagaimanakah perlu saya lakukan dengan
batu-batu tersebut.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Batu tersebut perlu dihantar kembali ke Tanah Haram.
Ini berdasarkan hujah daripada
Kitab Matla’ Al-Badrain wa Majma’ Al-Bahrain, Kitab Haji Dan Umrah,
seperti berikut :-
“Haram memindahkan sesuatu dari Tanah Haram Makkah dan
Madinah dan batunya walaupun untuk
mengambil berkat daripadanya, sama ada tanah yang belum atau
sudah dibakar seperti segala
bejana.”
“Haram juga memindahkan perkara tersebut dari Tanah Haram ke
tanah haram yang lain dan wajib
dikembalikan ke tempat asalnya.”
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768