Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00068
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk HUKUM MAKAN TAPAI
Soalan Ustaz apakah hukum memakan tapai?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Jawapan :

Proses penapaian sudah pasti akan menghasilkan kandungan alkohol. Namun, jika
tapai dibuat
bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan dan semasa
dimakan ia tidak
memabukkan, maka tapai itu halal dimakan. Namun, jika peraman sudah terlalu lama
dan
memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya ketika itu adalah haram
dimakan.

Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 yang telah telah
membincangkan
berkaitan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu
mengandungi arak. Alkohol
dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat
bukan melalui
proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada
mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan
tidak sama caranya
dengan proses arak adalah halal.

4) Tapai halal dimakan.

5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan
boleh dimakan.

6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan
dimaafkan.

Wallahu a’lam

Proses penapaian sudah pasti akan menghasilkan kandungan alkohol. Namun, jika
tapai dibuat
bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan, dan semasa
dimakan ia tidak
memabukkan, maka tapai itu halal dimakan. Namun, jika peraman sudah terlalu lama
dan
memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya ketika itu haram dimakan.


Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768