Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00010
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk Ibu sebagai imam
Soalan Adakah diniatkan imaman sekiranya ibu sebagai imam sedangkan anak
lelakinya sebulm baligh?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Imam perempuan hanya untuk makmum perempuan sahaja.
Jika anak lelaki puan sudah mumaiyiz dan pandai bersolat, maka dialah
yang sepatutnya menjadi imam walaupun pada ketika itu dia belum
baligh. Ini kerana apabila kanak-kanak sudah pandai berfikir dan mampu
memenuhi syarat sah solat, maka sah dia manejadi imam kepada lelaki
dan perempuan yang baligh.

Ini berdasarkan hadith dari sahabat Nabi S.A.W. Amru bin Salamah
R.A., beliau berkata: " Aku menjadi imam di zaman Rasullah S.A.W.
Ketika aku masih berumur tujuh tahun."
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768