Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00008
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Muamalat
Tajuk PELABURAN ASB
Soalan Apakah status dan maklumat terkini berkaitan pelaburan asb?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang yang bersidang
pada 16 Jun 1999 telah membincangkan mengenai Hukum umat Islam
yang melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah
Saham Nasional (ASN).

Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa keuntungan / dividen
yang diperolehi daripada ASB dan ASN adalah HARAM kerana
pelaburan terbesarnya adalah Bank Ribawi (mengandungi riba).

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 Disember
2009 masih mengekalkan keputusan yang sama sehingga kini iaitu
memutuskan hasil daripada keuntungan / dividen ASB dan ASN adalah
HARAM kerana masih terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur
aduk antara patuh syariah dan tidak patuh syariah serta sebahagian
besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional dan bank
ribawi.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768