Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00007
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk TEMPOH IDAH CERAI TIADA RAHIM
Soalan Pada awal Disember 2013 isteri saya telah menjalani pembedahan
membuang rahimnya disebabkan penyakit. 28 Januari 2014 saya
telah menceraikan isteri saya dengan talak satu. Berapa tempoh
idah isteri saya, jika ingin merujuknya?.
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada Mac 2010
memutuskan bahawa perempuan yang dibuang rahimnya beriddah
selama 3 bulan mengambil kira kaedah perempuan yang telah putus asa
daripada kedatangan haid.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh tuan, iddah isteri
tuan adalah selama 3 bulan bermula pada 27/01/2014 bersamaan 25
Rabiul Awwal 1435H dan berakhir pada 25/04/2014 bersamaan 25
Jamadil Akhir 1435H.

Berikut adalah pengiraan iddah:

25 Rabiul Awwal 1435H ke 25 Rabiul Akhir 1435H 1 bulan
(27.01.2014) (25.02.2014)

25 Rabiul Akhir 1435H ke 25 Jamadil Awwal 1435H 1 bulan
(25.02.2014) (27.03.2014)

25 Jamadil Awwal 1435H ke 25 Jamadil Akhir 1435H 1 bulan
(27.03.2014) (25.04.2014)
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768