Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00005
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Ibadat
Tajuk CARA KHUSYUK SOLAT
Soalan Bagaimanakah cara untuk khusyuk dalam solat?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Bagaimanakah cara untuk khusyuk dalam solat?

Khusyuk dalam solat adalah sangat dituntut sepertimana firman Allah
S.W.T dalam surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang
khusyuk dalam solatnya".

Firman Allah S.W.T lagi di dalam surah al-Maaun ayat 4 dan 5 yang
bermaksud: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu)
mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya."

Diantara amalan yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk
dalam solat ialah:

1. Berwuduk dengan sempurna.

2. Mendirikan solat di awal waktu.

3. Berusaha untuk membaca dengan baik, memahami dan mengerti
bacaan dalam solat termasuk ayat al-Quran yang dibacakan itu
terutama sekali al-Fatihah.

4. Menjaga makanan, minuman, pakaiana, tempat tinggal dan lain-lain
agar diperolehi dari sumber yang halal.

5. Memotivasikan diri dengan menganggap bahawa solat yang dilakukan
merupakan solat yang terakhir dan berusaha melakukannya sebaik
mungkin.

6. Merasa malu (haya) terhadap Allah S.W.T, rasa takut (khauf) kepada
kekuasaan Allah S.W.T. Dan memastikan ibadah dilakukan dengan
penuh keikhlasan yang terbit dari hati nurani yang suci.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768