Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00004
Kategori Penyoal Individu
Kategori Syariah
Sub Kategori Munakahat
Tajuk Perkahwinan di luar negara
Soalan Perkahwinan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah di Malaysia dan
perkahwinan telah dijalankan di Selatan Thailand
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan i. Berdasarkan surat akuan Pejabat Agama Daerah dan Mahkamah
Syariah Daerah Kubang Pasu pernikahan luar negara Azlin binti
Abdullah dengan Johari bin Ismail adalah sah pada hukum Syarak,
namun pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan semula di
Pejabat Agama yang berkaiatan, di Malaysia dan membayar denda jika
disabitkan bersalah kerana pernikahan tanpa kebenaran dan menyalahi
undang-undang.

ii. Berdasarkan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan anak yang
dilahirkan kurang daripada 6 bulan adalah dianggap sebagai anak tak
sah saraf. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang
menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi
bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka
mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

iii. Manakala semua fakta dan isu yang berkaitan dengan undang-
undang dan mahkamah boleh dirujuk kepada mahkamah untuk
mendapat penjelasan dan tindakan.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768