Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00003
Kategori Penyoal Individu
Kategori Lain-lain
Sub Kategori Lain-lain
Tajuk Mengkasi Kucing
Soalan Apakah hukum mengkasi haiwan peliharaan kucing atas alasan untuk
mengelakkan kelahiran anak yang tidak terkawal dan tidak terjaga,
mengelakkan kucing jantan menanda kawasan dengan urin (air kencing),
elak kucing merayau dan membawa balik penyakit zoonotic dan
menjangkiti manusia, elak kelakuan buruk (terlalu garang dan lain-lain)
serta mengelak dari menjadi punca kacau ganggu kepada jiran tetangga
(bising, bau najis, curi lauk dan lain-lain)
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan Adalah DIHARUSKAN dengan sebab-sebab tertentu demi menjaga
maslahah ammah. Maslahah ammah adalah bertujuan mengelakkan
daripada binatang itu membawa pelbagai penyakit yang boleh
memudharatkan kepada manusia serta menjaga persekitaran awam bagi
mengelakkan penyakit daripada penyakit berjangkit. Selain itu,
diharuskan mengkasi binatang supaya dapat menghindarkan haiwan
peliharaan daripada menjadi garang, kecing merata-rata, beranak-pinak
sehingga tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan
tersebut di merata tempat. Memandulkan binatang yang boleh dimakan
dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah
HARUS hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa
kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768