Bank Soalan

Maklumat Soalan
No. Rujukan 00002
Kategori Penyoal Individu
Kategori Lain-lain
Sub Kategori Lain-lain
Tajuk TERKENCING DALAM MASJID
Soalan Terkencing Dalam Masjid.
Apakah hukum bagi jemaah yang uzur terkencing di dalam masjid dan
apakah hukum membersihkannya?
Dokumen Sokongan Soalan Tiada dokumen sokongan.
Jawapan i. Air kencing termasuk di dalam kategori najis mutawasittah
(pertengahan)
ii. Cara menyucinya adalah dengan menghilangkan ain najis terlebih
dahulu (jika masih ada), kemudian alirkan air ke atas tempat/ kawasan
yang terkena najis dan lapkan. Lakukan sehingga hilang kesan najis.
iii. Jika perlu menggunakan sabun untuk menanggalkan najis,
gunalah.
iv. Bilangan basuhan tidak disyaratkan, tetapi yang disyaratkan ialah
menghilangkan kesan-kesannya hingga ain najis tersebut dan juga sifat-
sifatnya sama ada warna, baud an rasa hilang, sama ada najis aini atau
hukmi. Namun demikian tidak mengapa jika warna masih kekal
disebabkan susah untuk menghilangkannya.

Nota :
Najis aini : ialah semua najis yang berjirim yang dapat dilihat atau
mempunyai sifat zahir iaitu warna atau bau seperti tahi, kecing dan
darah.
Najis hukmi : ialah semua najis yang telah kering dan kesannya telah
hilang. Contoh baju atau kain yang terkena air kencing kemudian kering
dan tiada kesan zahirnya lagi.
Dokumen Sokongan Jawapan Tiada dokumen sokongan.

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768