Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Lain-lain

Bil
Tarikh
Soalan
1
Soalan No. 00473
Ditanya pada:
2018-05-18 

LOGO HALAL SEDUNIA

Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti logo-logo halal luar Negara? [Seterusnya] 
2
Soalan No. 00472
Ditanya pada:
2018-05-18 

HALAL TETAPI RAGU-RAGU

Kebelakangan ini tular di media sosial berkenaan produk makanan yang tertentu yang dikatakan menjadi penyumbang dana
kepada aktiviti pembunuhan umat Islam di Palestin. Saya musykil berkenaan hukum memakannya kerana produk tersebut
jelas disahkan halal oleh pihak berautoriti. Bagaimana ustaz? [Seterusnya] 
3
Soalan No. 00466
Ditanya pada:
2018-05-03 

ISU FATWA BERKENAAN DENGAN PENGGUGURAN BAYI DOWN SYDROME

Assalamualaikum, tuan.

Saya Syaza Farzana pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 3
semester 1 jurusan undang-undang bersama dengan ahli kumpulan saya sedang
menjalankan kajian bertajuk \'Abortion of Down Syndrome Babies\' untuk
matapelajaran Usul Fiqh.

Walaubagaimanapun, sepanjang kajian dijalankan kami hanya mendapati bahawa
kandungan boleh digugurkan bagi bayi yang menghidap zika semasa dalam
kandungan dan tidak menjumpai fatwa mengenai bayi yang disahkan menghidapi
down syndrome oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan boleh digugurkan.

Justeru itu, saya sebagai wakil ingin menanyakan pendapat tuan berkenaan dengan
bayi yang disahkan down syndrom oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan
boleh digugurkan atau tidak mengikut perspektif Islam di Malaysia.

Saya amat berharap pihak tuan dapat memberi respon

Terima kasih,
Wassalam.  [Seterusnya] 
4
Soalan No. 00452
Ditanya pada:
2018-04-12 

LELAKI MELEBIHI WANITA

Sekiranya membaca surah al-Nisa’ pasti kita akan menemui satu ayat yang menggambarkan bahawa lelaki lebih tinggi taraf
dan darjatnya daripada wanita. Mengapakah begitu? Bukankah ini diskriminasi gender? [Seterusnya] 
5
Soalan No. 00395
Ditanya pada:
2018-03-05 

PAKAIAN

Assalamualaikum WRH.

Ibu saya amat meminati penggayaan fesyen muslimah masa kini. Sebagai wanita, amatlah beliau gemar memliki koleksi
pakaian yang pelbagai. Namun, saya ingin bertanya, apa hukumnya golongan muslimat memakai pakaian berwarna-warni?
dan apakah antara ciri-ciri pakaian muslimat yang dituntut dalam Islam?

Sekian, terima kasih [Seterusnya] 
6
Soalan No. 00213
Ditanya pada:
2017-03-07 

URUS ANGGOTA BADAN TERPISAH

Assalamu'alaikum ustaz, sekiranya anggota seseorang sudah terpisah dari
badan contoh kaki yang dipotong hingga ke peha akibat jangkitan kuman,
kemudiannya diserahkan oleh pihak hospital untuk ditanamkan dengan siap
dibungkus dalam plastik. Adakah perlu dibuang terlebih dahulu plastik
tersebut sebelum dibungkus kain kafan atau terus dibungkus dengan kain
kafan kemudian ditanam tanpa dibuang plastik tersebut atas faktor mengelak
jangkitan kuman, Mohon pencerahan ustaz.
 [Seterusnya] 
7
Soalan No. 00185
Ditanya pada:
2017-01-02 

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya tentang satu masalah dalam pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.

i) Kami sembilan beradik (5 lelaki, 4 perempuan) mewarisi sekeping tanah kecil dari arwah ibu kami.

ii) Di dalam geran, tanah ini masih di bawah nama nenek kami. Nenek mempunyai mempunyai 3 orang anak (1 lelaki, 2
perempuan).

iii) Sebelum meninggal dunia, nenek telah memberitahu keluarga bahawa tanah kecil itu telah dihadiahkan kepada ibu
kami. Bila ibu kami meninggal dunia, ibu saudara kami memperakui bahawa tanah tersebut adalah milik ibu kami. Bapa
saudara kami juga juga tidak mahu apa2 bahagian daripada tanah tersebut.

iv) Kami tidak pernah membuat tuntutan pembahagian pusaka secara rasmi rasmi. Oleh kerana tanah itu kecil, maka
kami 9 beradik memutuskan untuk tidak membahagi-bahagikan tanah tersebut.

v) Pada tahun 2006, kami telah menyewakan tanah tersebut dan duit sewa dibahagi-bahagikan di antara kami 9 beradik
secara musyawarah. Hal ini berterusan sehingga ke hari ini.

vi) Pada bulan Oktober 2016, seorang saudara lelaki kami telah meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu.
Beliau tidak mempunyai anak. Balu beliau juga belum membuat tuntutan pusaka dari kematian arwah secara rasmi.

Soalan saya:

1) Adakah balu arwah layak mendapat sebahagian daripada sewa tersebut sebagai waris arwah?

2) Jika ya, selama manakah balu arwah layak mendapat bahagian sewa tersebut?

Mohon pencerahan daripada ustaz. [Seterusnya] 
8
Soalan No. 00173
Ditanya pada:
2016-11-14 

HUKUM BELI TAHI BUAT BAJA

Assalamualaikum tuan mufti

Apakah hukum membeli tahu ayam atau tahi lembu untuk digunakan sebagai baja
bagi menyuburkan tanaman.

Tahu adalah najis. Membeli & menjual najis adalah tidak sah.

Minta penjelasan tuan mufti. [Seterusnya] 
9
Soalan No. 00170
Ditanya pada:
2016-11-12 

PENGGUNAAN NAMA DAMIA

Assalamualaikum.. saya ingin membuat pertanyaan apakah benar jabatan mufti ada
mengeluarkan surat mengenai penggunaan nama DAMIA yg membawa maksud
kurang elok sebagai nama anak? Jika ya apakah saya perlu tukarkan nama anak saya
kerana nama anak saya juga bermula dengan nama DAMIA. Terima kasih. [Seterusnya] 
10
Soalan No. 00161
Ditanya pada:
2016-10-15 

GENE THERAPY

Apakah hukum terapi gen (gene therapy)? [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(21)
- Adab-adab Harian(6)
- Adab-adab Sosial(16)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(16)
- Akidah(16)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(20)
- Lain-lain(23)

Syariah(175)
- Ibadat(104)
- Jinayah(1)
- Muamalat(44)
- Munakahat(22)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768