Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Akhlak

Bil
Tarikh
Soalan
1
Soalan No. 00348
Ditanya pada:
2017-10-22 

PANDANGAN TENTANG ULAMA

Sejauh manakah ulama-ulama di Malaysia kredible? Bolehkah beri sedikit penerangan? [Seterusnya] 
2
Soalan No. 00291
Ditanya pada:
2017-08-10 

HARAM JEJAKI TANAH

Assalamualaikum...
saya bertanya bagi pihak suami saya.
Bapa mertua saya sudah lama meninggal. Bapa mertua dan ibu mertua saya
bercerai hidup. Semasa arwah bapa mertua hidup, sewaktu penceraian berlaku.
bapa mertua telah mengharamkan ibu mertua untuk jejak kaki ke tanah milik bapa
mertua. Namun sekarang bapa mertua sudah tiada. Anak-anak ingin bawa ibu
mertua tinggal bersama dimana rumah atau tanah tersebut ada milik arwah bapa
mertua. Apakah hukum keadaan tersebut? adakah haram jika si anak ingin bawa ibu
tinggal bersama di tanah tersebut, yang mana tanah tersebut telah diharamkan
kepada ibu semasa hayat arwah bapa? Harap pihak mufti dapat menjawab soalan
ini. [Seterusnya] 
3
Soalan No. 00289
Ditanya pada:
2017-07-26 

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Salam..disini saya ada 2 persoalan:
a)kawan saya dulu pernah mendapat biasiswa secara sah untuk
lanjutkan pelajaran ke luar negara.Semasa belajar di situ dia
pernah meniru dalam peperiksaan.Soalan saya, apakah hukum biasiswa
yang dia peroleh? Sebagai makluman ustaz, biasiswa jika hanya
lulus belajar tiada bayaran balik perlu dikenakan
b)kawan saya pernah meniru semasa belajar diploma. Kemudian, dia
rasa menyesal akan perbuatannya .Selepas itu dia sambung ke
peringkat ijazah dengan menggunakan diploma tersebut dan dia
berjaya lulus ijazah tersebut secara sah tanpa meniru.Soalan
saya,apakah status dan hukum ijazah yang dia perolehi? [Seterusnya] 
4
Soalan No. 00222
Ditanya pada:
2017-03-07 

HUKUM MEMAKAI KANTA LEKAP

Jika seorang perempuan memakai contact lense/kanta mata bukan kerana
matanya rabun tetapi sekadar memakai kerana suka melihat matanya berwarna
yang lain dari asal, apakah itu seperti mengubah apa yang allah
kurniakan/ciptakan utk dirinya? Adakah haram dan berdosakah jika memakai
contact lense sekadar untuk suka- suka sahaja (bukan keperluan)? [Seterusnya] 
5
Soalan No. 00190
Ditanya pada:
2017-01-26 

MEMUATNAIK GAMBAR TIDAK TUTUP AURAT

Apakah hukumnya untuk kita memuatnaik gambar kawan atau ahli keluarga kita
yang beragama
Islam yang tidak menutup aurat di laman sosial walhal kawan/ahli keluarga kita
tersebut sememangnya tidak menutup auratnya sendiri dalam kehidupan
sehariannya? Dan adakah hukumnya sama sekiranya kawan/ahli keluarga kita itu
seorang non-muslim?Makluman dan jawapan daripada pihak mufti sangat saya
harapkan dan saya dahului dengan ucapan
Terima kasih. [Seterusnya] 
6
Soalan No. 00165
Ditanya pada:
2016-10-27 

HUKUM MEMVIRAL MAKLUMAT DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum w.b.t Tuan Mufti.
Saya Siti Aisyah Binti Bakar

Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan Hukum seseorang yang
memviralkan sesuatu maklumat di media sosial, tanpa tabayyun terlebih
dhulu maklumat itu benar atau palsu, atau maklumat itu sesuatu yang
fakta atau semata-mata auta.
Hasil daripada pemerhatian saya, pelbagai kesan yang berlaku hasil
daripada budaya viral ini, termasuklah kesan yang baik mahupun buruk
terhadap individu, keluarga, masyarakat mahupun negara kita sendiri.
Antara contoh kesan baik ialah tentang budaya menderma bagi sesuatu
isu seperti kebakaran, banjir dan sakit-sakit kronik. melalui budaya
viral, orang ramai mengetahui masalahasalah tersebut dan berusaha
untuk memberi sumbangan. Akan tetapi ada juga kesan yang buruk seperti
mengaibkan diri, keluarga mahupun masalah politik negara, sebagai
contoh isu-isu berkaitan politik negara yang pelbagai dan telah
diviralkan malah ada juga netizen turut menghukum pemimpin politik
dengan pandangan mereka sendiri. Hal ini akan mendedahkan kepada dunia
luar akan kepincangan masalah dalam negara, jesteru ia sedikit
sebanyak mampu menggoyahkan keselamatan dalam negara.

Oleh itu, Saya ingin Bertanya soalan kepada Tuan Mufti
1. Adakah budaya ini perlu dibendung atas kesan-kesan yang berlaku
atau dibenarkan dengan bersyarat?.
2. Bagaimana untuk kita mengawal aktiviti viral seseorang sedangkan
mereka bebas untuk bermedia sosial di zaman abad ke-21 ini,
lebih-lebih lagi penggunaan internet adalah tinggi di Malaysia iaitu
sebanyak 66.6 peratus orang daripada jumlah keseluruhan penduduk di
Malasyia pada tahun 2016 ini?.
3. Apakah dalil-dalil yang membenarkan budaya viral ini?.

sekian terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan
assalamualaikum w.b.t [Seterusnya] 
7
Soalan No. 00131
Ditanya pada:
2016-03-22 

HUKUM WANITA MENYERTAI TILAWAH AL-QURAN

Assalamualaikum
Suara adalah aurat bagi wanita. Bagaimana pula jika wanita menyertai pertandingan
tilawah Al-Quran dimana bacaannya didengari oleh bukan mahram. Mohon
penjelasan.
Wallahu taala 'alam [Seterusnya] 
8
Soalan No. 00101
Ditanya pada:
2015-08-10 

KEBENARAN BINA PENCAWANG

1. Apakah hukum membenarkan Syarikat Telekomunikasi membina pencawang di
tanah persendirian dan jiran berdekatan merungut bahawa kesan radioaktif daripada
pencawang tersebut akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti didakwa akan
menyebabkan penyakit kanser. Jika saya meneruskan niat untuk membenarkan
penyewaan ini berlaku, adakah saya dikategorikan sebagai menyakiti perasaan
jiran? padahal penyakit yang disebabkan radioaktif daripada pencawang
telekomunikasi tidak dapat dibuktikan sehingga kini walaupun daripada pihak WHO. [Seterusnya] 
9
Soalan No. 00069
Ditanya pada:
2014-08-27 

MENGAWAL NAFSU SYAHWAT

Saya mempunyai masalah menawal nafsu syahwat walaupun masih dlm
usia muda. Apabila saya cuba menahan, jiwa rasa tersiksa. Jadi apakah
cara yg trbaik utk mengatasi masalah ini. [Seterusnya] 
10
Soalan No. 00028
Ditanya pada:
2014-03-03 

JIRAN TIDAK TUTUP AURAT

Bagaimana dengan jiran kita yang tak menutup aurat? [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(13)
- Adab-adab Harian(4)
- Adab-adab Sosial(10)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(9)
- Akidah(9)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(12)
- Lain-lain(15)

Syariah(108)
- Ibadat(66)
- Jinayah(1)
- Muamalat(28)
- Munakahat(9)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768