Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Akidah

Bil
Tarikh
Soalan
1
Soalan No. 00219
Ditanya pada:
2017-03-07 

MENYELUK TANGAN KE MULUT BUAYA

Assalamualaikum.

Sebuah pusat rawatan islam yang terkemuka telah menganjurkan amalan menyeluk tangan ke dalam mulut
buaya dalam sesi pengijazahan bagi tujuan perubatan.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=mbymdzwlp7w

Beberapa pihak telah merujuk sendiri hal ini kepada para petugas dari pusat rawatan berkenaan namun pihak
pusat rawatan tersebut tidak dapat mengemukakan sumber pengambilan dan pengambilan perbandingan
amalan ini daripada Al-Quran, Sunnah mahupun amalan dan athar para sahabat Rasulullah s.a.w.

Sehubungan dengan itu saya memohon pandangan berhubung amalan ini.

Sekian, terima kasih.  [Seterusnya] 
2
Soalan No. 00215
Ditanya pada:
2017-03-07 

HUKUM MEMAKAI JAM ORIENT BERLAMBANG BINATANG

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan lambang timbul pada jam jenama orient,
mempunyai lambang pada dalam permukaan jam 2 binatang yang
memegang crown. Jika diteliti pada binatang itu tiada sifat sepenuhnya
seperti mata dan lain-lain, tetapi bayangnya melambangkan
binatang. Adakah boleh hukum memakainya di dalam atau di luar
solat? Kalau haram bagaimana jalan penyelesaiannya bagi saya
yang terbeli jam itu? Sekian terima kasih.  [Seterusnya] 
3
Soalan No. 00195
Ditanya pada:
2017-02-06 

TIDAK BENAR PAKAI TUDUNG

1. Buat pengetahuan pihak tuan, hotel kami mempunyai polisi di mana pekerja yang
bekerja di bahagian hadapan "front liner" tidak dibenarkan untuk mernakai tudung.
Namun, kami memerlukan pandangan daripada pihak tuan mengenai perkara ini agar
kami boleh menerangkan kepada pekerja muslim di hotel kami, mengenai
pemakaian tudung ini.

2) Kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan cadangan dan pandangan
mengenai perkara ini supaya pihak majikan dapat mengambil keputusan yang adil
dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak di atas dasar-dasar
menghormati agama dan hak pekerja di hotel kami. [Seterusnya] 
4
Soalan No. 00153
Ditanya pada:
2016-08-11 

PESTA TANGLUNG

Adakah pesta tanglung boleh DISERTAI oleh orang islam ? [Seterusnya] 
5
Soalan No. 00128
Ditanya pada:
2016-02-26 

PERSOALAN AKIDAH & STATUS RUMAHTANGGA

Assalamualaikum Dr.,

Saya ada masalah dengan akidah dan status rumah tangga saya.
Saya antara orang yang boleh dikategorikan sebagai mempunyai
pesakit was-was. Masalah saya, saya selalu was2 samaada saya
masih islam atau tidak. Tidak ada sekelumit pun rasa untuk keluar
dari agama tp saya sering kali terpaksa berzikir "hidup dan matiku
hanya dlm islam, tiada agama lain selain agama Allah". Sehinggakan
buat saya rasa tertekan dan stress sgt2.

Baru2 ni saya tak ada niat pun untuk rasa curiga mengenai syurga,
neraka, padang masyar, hukum tutup aurat dan sebagainya. Saya
ada baca satu status yg viral di fb yang menyatakan dalam alquran
tak ada pun ayat yang nyatakan perlu tutup rambut dan ditambah
lagi, keluarga mentua saya yang mengikut mazhab hanafi tak tutup
kepala sepenuhnya tetapi hanya berselendang dan bila saya
tanyakan soal ini kepada adik ipar saya graduan uia, knp beliau tak
tutup kepala bila ambik kain di jemuran dan sebagainya, beliau jwb
ustad kat U memberitahu blh ikut mazhab masing...dan keadaan2 ni
buatkan saya tertanya2 sehinggakan saya buat kesimpulan, nasib
masing2...klu kenyataan dia org betul, tu nasib dia org, klu tak aku yg
untung..saya rasa mcm saya x yakin dgn hukum Allah.

Keduanya mengenai syurga, dlm alquran ada nyatakan ttg sungai2
yg terdpt dlm syurga sbg imbuhan, saya tertanya knp Allah
gambarkan syurga dgn sungai2 ni, kemudian saya pujuk diri saya
dgn menyatakan bhw pd zaman rasulAllah, mungkin sungai ini lebih
relevan utk dikaitakan dgn syurga berbanding perkara lain...ini
buatkan saya rasa mcm saya x percaya dan yakin dgn janji Allah.

Selain itu saya juga pernah bandingkan Allah dgn tuhan2 lain dgn
menyatakan bahawa, klu dia org yg betul, untung dia orgla, klu x
rugila dia org, untung aku...saya sendiri x faham knp soalan2 begini
selalu muncul dlm fikiran saya, apa yg saya cari dan sebagainya. [Seterusnya] 
6
Soalan No. 00122
Ditanya pada:
2016-02-03 

HUKUM SAMBUTAN PERAYAAN PONGGAL

Assalammualaikum WBT.

Saya merupakan pengetua di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Saya ingin
bertanyakan soalan,

Apakah hukumnya mengadakan sambutan perayaan ponggal di sekolah
yang
majoritinya adalah Muslim?Antara aktiviti yang dicadangkan ialah demo
masak
beras, tarian india dan melukis kolum.

Saya ingin mohon penjelasan SS Mufti tentang perkara ini kerana sambutan
ini
adalah permintaan daripada guru dan pelajar berbangsa India yang
mempertikaikan
kenapa perayaan agama Islam dan Cina boleh dibuat di Sekolah tetapi tidak
agama
mereka.

Mohon jawapan bertulis daripada SS Mufti berhubung perkara ini.

Terima kasih. [Seterusnya] 
7
Soalan No. 00073
Ditanya pada:
2014-09-09 

AJARAN TOK MAT JANGGUT

Assalamualaikum.. sy nak tanya pasal ajaran tok mat janggut. sy dah jumpa kat e
fatwa ajaran tok mat janggut sesat tetapi x secara detail. cuna bagitau sesat. untuk
pengetahuan pihak tuan/ puan, suami sy ikut ajaran tersebut. sy dah nasihat dia
ajaran tu dah dikategorikan sesat tapi dia x dengar. dia ckp x sesat. apa yg jelas
sejak dia join ajaran tersebut, solat dia dah tak betul. senasa solat kepala terangguk
anggguk. baca terlalu laju. solat lewat waktu. bulan posa aritu dia sahur pukul 6.15
lepas azan subuh. saya dah jumpa kitab ajaran tersebut. tlg saya. saya risau tentang
status hubungan kami.  [Seterusnya] 
8
Soalan No. 00057
Ditanya pada:
2014-06-30 

AMALAN SELUK TANGAN KE MULUT BUAYA

Assalamualaikum.

Sebuah pusat rawatan Islam yang terkemuka telah menganjurkan
amalan menyeluk tangan ke dalam mulut buaya dalam sesi
pengijazahan bagi tujuan perubatan.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=mbYMDzWLP7w

Beberapa pihak telah merujuk sendiri hal ini kepada para petugas dari
pusat rawatan berkenaan namun pihak pusat rawatan tersebut tidak
dapat mengemukakan sumber pengambilan dan pengambilan
perbandingan amalan ini daripada al-Qur'an, Sunnah mahupun amalan
dan athar para sahabat Rasulullah s.a.w.

Sehubungan dengan itu saya memohon pihak Pejabat Mufti dapat
memberi pandangan berhubung amalan ini.

Sekian, terima kasih.  [Seterusnya] 
9
Soalan No. 00036
Ditanya pada:
2014-03-21 

HUKUM BERZIKIR SAMBIL MENARI

Apakah hukum berzikir sambil menari kerana ada sebahagian pengamal
tarekat berzikir sambil menari dalam bentuk formasi yang menggambarkan
atau menerangkan sesuatu maksud tertentu dalam lafaz zikir kepada
Allah dan kebayakan amalan di dilakukan di negara timur tengah. Mohon
pencerahan daripada pihak tuan..syukran [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(13)
- Adab-adab Harian(4)
- Adab-adab Sosial(10)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(9)
- Akidah(9)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(12)
- Lain-lain(15)

Syariah(108)
- Ibadat(66)
- Jinayah(1)
- Muamalat(28)
- Munakahat(9)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768