Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Semua Kategori

Bil
Tarikh
Soalan
11
Soalan No. 00470
Ditanya pada:
2018-05-18 

PAYUNG EMAS

Sering kita mendengar masyarakat umum menyebut isteri yang membenarkan suaminya berpoligami akan menerima
payung emas di akhirat kelak. Apakah wujud dan
sahih perkara ini?  [Seterusnya] 
12
Soalan No. 00469
Ditanya pada:
2018-05-18 

MAKAN ATAU SOLAT?

Benarkah ada hadis yang menyebutkan bahawa kita digalakkan untuk makan terlebih dahulu sebelum solat seandainya
makanan sudah tersedia? [Seterusnya] 
13
Soalan No. 00468
Ditanya pada:
2018-05-07 

MEMBERI MAKAN KEPADA KUCING TIDAK BERTUAN

Assalammualaikum.

Tuan,

Saya ingin memohon pencerahan mengenai memberi makan kepada kucing-kucing
yang tidak bertuan di kawasan Taman Perumahan saya.

Untuk makluman tuan, baru-baru ini dalam group \'Whatapps\' Taman Perumahan
saya ada ahli group yang berkongsi pendapat berkaitan memberi makan kucing tidak
bertuan hanya akan mengalakkan pertambahan kucing dan kucing akan membuang
najis merata-rata. Hal ini menyebabkan penduduk perlu mencuci porch setiap hari,
mencuci langsir dan kereta. (Kerana telah terkena najis kucing).

Terdapat sedikit perbalahan dalam group Whatapps lelaki dan perempuan.

Ada yang bersetuju untuk tidak memberi makanan, dan ada yang kasihan dengan
kucing-kucing yang kelaparan dan turut memberikan makanan.

Saya amat berharap dengan penjelasan Tuan Mufti akan menjawab kekeliruan saya
samada terus memberi makan kepada kucing-kucing tersebut atau pun menurut
kehendak jiran.

Sekian, Terima Kasih. [Seterusnya] 
14
Soalan No. 00467
Ditanya pada:
2018-05-06 

KEMUSYKILAN

Saya dan isteri pernah bercinta sebelum berkahwin...semasa
bercinta, kami pernah memutuskan hubungan ditengah
jalan...tetapi ada satu hari, saya bersembang2 dgn isteri pasal
zaman kami bercinta...jd sy tersebut \"ingat tak waktu kita
BERCERAI sekejap dulu?\"...saya terus tersentap...soalan saya
apakah status ayat ni pada hubungan kami suami isteri?? [Seterusnya] 
15
Soalan No. 00466
Ditanya pada:
2018-05-03 

ISU FATWA BERKENAAN DENGAN PENGGUGURAN BAYI DOWN SYDROME

Assalamualaikum, tuan.

Saya Syaza Farzana pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 3
semester 1 jurusan undang-undang bersama dengan ahli kumpulan saya sedang
menjalankan kajian bertajuk \'Abortion of Down Syndrome Babies\' untuk
matapelajaran Usul Fiqh.

Walaubagaimanapun, sepanjang kajian dijalankan kami hanya mendapati bahawa
kandungan boleh digugurkan bagi bayi yang menghidap zika semasa dalam
kandungan dan tidak menjumpai fatwa mengenai bayi yang disahkan menghidapi
down syndrome oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan boleh digugurkan.

Justeru itu, saya sebagai wakil ingin menanyakan pendapat tuan berkenaan dengan
bayi yang disahkan down syndrom oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan
boleh digugurkan atau tidak mengikut perspektif Islam di Malaysia.

Saya amat berharap pihak tuan dapat memberi respon

Terima kasih,
Wassalam.  [Seterusnya] 
16
Soalan No. 00465
Ditanya pada:
2018-05-03 

WANITA BERIDAH BERKEMPEN

Sepertimana yang diketahui, wanita yang kematian suami adalah empat bulan 10 hari. Sepanjang tempoh itu, ada beberapa
perkara yang tidak boleh dilakukan wanita seperti berhias dan keluar rumah. Bagaimana pula jika wanita beridah terlibat
dengan kempen pilihanraya misalnya? [Seterusnya] 
17
Soalan No. 00463
Ditanya pada:
2018-05-03 

BERKAHWIN DENGAN TUNANGAN ORANG

Soalan:
Seorang wanita bertunang dengan si A. Tidak lama kemudian, si B datang meminang wanita tersebut sedangkan dia
mengetahui bahawa wanita tersebut sudahpun bertunang. Dijadikan cerita, pinangan si B diterima dan mereka pun
melangsungkn perkahwinan. Adakah sah pernikahan tersebut?
 [Seterusnya] 
18
Soalan No. 00462
Ditanya pada:
2018-05-03 

KAHWIN BEZA AGAMA


Soalan:
Apakah hukum perkahwinan seorang wanita dengan lelaki non-Muslim?
 [Seterusnya] 
19
Soalan No. 00459
Ditanya pada:
2018-04-27 

HUKUM PUASA ORANG YANG PERLU MAKAN UBAT

Seorang kawan tidak pernah berpuasa hampir 13 tahun yang lalu kerana telah
menjalani permindahan buah pinggang tetapi membayar fidyah setiap tahun. Beliau
tidak berpuasa kerana takut buah pinggangnya rosak dan perlu makan ubat
sekurang2nya sebanyak 3 kali sehari. Soalannya: 1. Apakah hukum berpuasa bagi
bekas pesakit buah pinggang. 2. Bolehkan beliau hanya membayar fidyah sahaja
atau perlu mengantikan puasa dan bayar fidyah? [Seterusnya] 
20
Soalan No. 00458
Ditanya pada:
2018-04-20 

SALAHKAH MENGGUNAKAN KOMPUTER, INTERNET, OPEN WIFI PEJABAT ?

Assalamualaikum, ramai pekerja suka melayari internet menggunakan kemudahan pejabat seperti
komputer ataupun open wifi pejabat untuk kegunaan peribadi.

Kadang-kadang pekerja ada masa lapang setelah sempurna menyiapkan kerja yang diberikan. Jadi
pekerja pun menggunakan komputer pejabat untuk kegunaan peribadi seperti membaca berita online,
membayar online parking, transfer duit secara online, online registration untuk program/event larian,
mohon jawatan kosong, jawab exam online, membaca blog, booking online flight ticket, mohon rumah
secara online, tanya soalan kat mufti secara online, semak br1m, semak online penyata
pencen/socso/kwsp, beli barang online shopping contoh shoppe/lazada, search laman web dalam google,
layari media sosial dan sebagainya.

Oleh itu, apakah salah seorang pekerja menggunakan komputer, internet atau open wifi pejabat untuk
kegunaan peribadi beliau ? Sedangkan beliau menggunakan ketika waktu lapang atau setelah tamat waktu
bekerja.

Jika dibolehkan ok tetapi jika salah ada tak cara untuk selesaikan masalah ini ?

Tq [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(21)
- Adab-adab Harian(6)
- Adab-adab Sosial(16)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(16)
- Akidah(16)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(20)
- Lain-lain(23)

Syariah(175)
- Ibadat(104)
- Jinayah(1)
- Muamalat(44)
- Munakahat(22)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768