Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Semua Kategori

Bil
Tarikh
Soalan
141
Soalan No. 00080
Ditanya pada:
2014-12-22 

BACAAN SURAH PADA SOLAT FARDU

Salam Sejahtera. Apa pendapat tuan Mufti mengenai imam membaca
surah pada rakaat pertama dan kedua pada solat fardu dengan merujuk
kepada Al-Quran dibuka dihadapan imam. Imam tersebut bukan seorang
hafis. Yang mana kaedah terbaik sebagai seorang imam apabila
membaca surah itu. apakah dalilnya. Jawapan daripada pihak Mufti
sangat saya hargai.
Sekian, terima kasih. [Seterusnya] 
142
Soalan No. 00079
Ditanya pada:
2014-12-18 

MINYAK WANGI BERALKOHOL

assalamualaikum
soalan saya bolehke minyak wangi yang mengandungi alkohol di pakai semasa
sembayang dan adakah terima sembayang itu.
terimah kasih. [Seterusnya] 
143
Soalan No. 00078
Ditanya pada:
2014-11-02 

MASALAH ZAKAT, FIDYAH & AQIQAH

1. Zakat wang simpanan dikira mengikut baki akhir dalam setiap akaun
pembayar zakat. Adakah wang yang berada dalam tangan/dompet juga
perlu diambil kira utk dibayar zakat wang simpanan?

2. Kepada siapa/pihak yg boleh menerima bayaran fidyah oleh isteri
saya? (fidyah ganti puasa)

3. Bapa mentua saya melakukan aqiqah utk anak lelaki saya dgn 1
bahagian lembu tanpa memberitahu kpd saya terlebih dahulu. Saya
dimaklumkannya setelah aqiqah itu selesai dilaksanakannya. Daging
aqiqah itu sebahagiannya dimasak dan sebahagian lagi diberi kpd
saudara terdekat. Adakah ibadat aqiqah itu sempurna dan sah? [Seterusnya] 
144
Soalan No. 00077
Ditanya pada:
2014-10-27 

SENGAJA BATAL PUASA QADA

Apakah hukumnya seseorang berniat puasa qada tetapi kemudian dengan sengaja
membatalkan puasanya dengan makan/minum. Bagaimana dengan puasa qada yg
dibatalkan itu. Adakah kena ganti juga, atau kena bayar fidyah kerana melakukan
dosa. [Seterusnya] 
145
Soalan No. 00076
Ditanya pada:
2014-10-27 

KUTUK SUAMI DALAM HATI

Apakah berdosa dan mesti pohon keampunan jika seorang isteri tidak suka sifat
suami
nya yang memaki-maki. Ada kalanya, kata-kata di dalam hati itu mengutuk pula suami
nya. [Seterusnya] 
146
Soalan No. 00075
Ditanya pada:
2014-10-27 

MEMAKAI KANTA MATA BEWARNA

Jika seorang perempuan memakai contact lense/kanta mata bukan kerana matanya
rabun tetapi sekadar memakai kerana suka melihat matanya berwarna yang lain dari
asal, apakah itu seperti mengubah apa yang Allah kurniakan/ciptakan utk dirinya?
Maka, akan jadi haram dan berdosakah jika memakai contact lense sekadar utk suka-
suka sahaja (bukan keperluan) [Seterusnya] 
147
Soalan No. 00073
Ditanya pada:
2014-09-09 

AJARAN TOK MAT JANGGUT

Assalamualaikum.. sy nak tanya pasal ajaran tok mat janggut. sy dah jumpa kat e
fatwa ajaran tok mat janggut sesat tetapi x secara detail. cuna bagitau sesat. untuk
pengetahuan pihak tuan/ puan, suami sy ikut ajaran tersebut. sy dah nasihat dia
ajaran tu dah dikategorikan sesat tapi dia x dengar. dia ckp x sesat. apa yg jelas
sejak dia join ajaran tersebut, solat dia dah tak betul. senasa solat kepala terangguk
anggguk. baca terlalu laju. solat lewat waktu. bulan posa aritu dia sahur pukul 6.15
lepas azan subuh. saya dah jumpa kitab ajaran tersebut. tlg saya. saya risau tentang
status hubungan kami.  [Seterusnya] 
148
Soalan No. 00072
Ditanya pada:
2014-09-09 

LEBIHAN DUIT WAKAF

Masalah duit wakaf untuk naik taraf karpet dan penambahbaikan surau.Ada
lebihan
wang wakaf, macam mana dengan duit lebihan itu, sedangkan surau tidak
memerlukannya lagi, boleh kah kita salurkan kepada masjid/surau/sekolah
agama lain
yang memerlukan wang/dana. [Seterusnya] 
149
Soalan No. 00071
Ditanya pada:
2014-09-05 

BATU DARI MAKKAH DALAM KASUT

Saya dapati terdapat beberapa ketul batu pada kasut yang dipakai
ketika mengerjakan umrah di tanah suci Makkah tempohari. Kasut
tersebut saya pakai ketika mengerjakan umrah sahaja dan saya sedari
setelah berada di Malaysia. Bagaimanakah perlu saya lakukan dengan
batu-batu tersebut.  [Seterusnya] 
150
Soalan No. 00070
Ditanya pada:
2014-09-02 

MAKSUD AMALAN BACAAN

Asslamualaikum,
Ustaz saya sering mendengar beberapa orang penceramah
menyatakan kebaikan serta menjadikan amalan bacaan ini setiap hari
dalam kehidupan, iaitu :
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ
Apakah maksud bacaan ini dan bolehkah diamalkan. Terima kasih.
 [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(16)
- Adab-adab Harian(5)
- Adab-adab Sosial(12)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(14)
- Akidah(14)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(15)
- Lain-lain(18)

Syariah(150)
- Ibadat(88)
- Jinayah(1)
- Muamalat(42)
- Munakahat(15)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768