Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Semua Kategori

Bil
Tarikh
Soalan
131
Soalan No. 00162
Ditanya pada:
2016-10-19 

WAKIL PENJUAL MINYAK PETRON

Slm.
Mohon pencerahan.
Apakah hukum menjadi \'dealer\' bagi syarikat minyak \'Petron\'.
Di mana syarikat induk serta pemegang saham terbesar merupakan
syarikat \'St.Miguel\' dari Filipina yg urusan dagang utamanya adalah
arak.Terima Kasih
 [Seterusnya] 
132
Soalan No. 00161
Ditanya pada:
2016-10-15 

GENE THERAPY

Apakah hukum terapi gen (gene therapy)? [Seterusnya] 
133
Soalan No. 00159
Ditanya pada:
2016-09-27 

AMALAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Kehadapan Yg. Bhg. SS Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd Noor
Mufti Negeri Pulau Pinang.

Assalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Jawatanjuasa Pengurusan
Surau Taman Sri Nibong ingin mendapatkan penjelasan darpada Yg. Bhg. SS Dato'
Mufti tentang hukum dan status amalan doa akhir dan awal tahun hijrah.

Jawatankuasa juga ingin mendapatkan pandangan Dato' Mufti tentang kelebihan dan
manfaat sekiranya amalan ini diteruskan di surau atau sebaliknya.

Dilampirkan surat rasmi daripada Jawatankuasa Pengurusan surau.

Penjelasan dan pandangan Dato' mufti akan dijadikan panduan dalam merancang
aktiviti surau. Pohon sekiranya maklumbalas dapat diberikan dalam masa terdekat
memandangkan 1 Muharram adalah dalam 4 hari lagi. Pihak jawatankuasa
pengurusan surau mendahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Jazakallahu khairan kathira.

Wassalam
Mohd Fahmi Abdul Rahim
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong. [Seterusnya] 
134
Soalan No. 00158
Ditanya pada:
2016-09-26 

AMALAN KEBAIKAN ORANG TIDAK SOLAT

Ustaz, saya pernah mendengar bahawa seseorang yang tidak solat,
segala amalan kebaikannya tidak akan diterima dan sia-sia.
Persoalan saya disini, sekiranya orang tersebut telah insaf dan
menjaga solat dan kewajipan yang dituntut oleh Islam, adakah
amalan kebaikan yang dilakukan sebelum itu akan diambil kira? [Seterusnya] 
135
Soalan No. 00155
Ditanya pada:
2016-09-11 

STATUS PEMILIKAN AKAUN BERSAMA

Sekiranya seorang bapa membuka akaun
bersama dengan anak dimana setiap mereka
boleh mengendalikan secara berasingan.adakah
wang tersebut menjadi harta faraid atau bolehkah
anak ambil wang tersebut selepas kematian anak [Seterusnya] 
136
Soalan No. 00153
Ditanya pada:
2016-08-11 

PESTA TANGLUNG

Adakah pesta tanglung boleh DISERTAI oleh orang islam ? [Seterusnya] 
137
Soalan No. 00151
Ditanya pada:
2016-07-12 

PUASA 6 DAN GANTI PUASA BULAN RAMADHAN

Adakah diwajibkan untuk menggantikan puasa Bulan Ramadhan terlebih
dahulu sebelum berniat untuk berpuasa 6 di Bulan Syawal? [Seterusnya] 
138
Soalan No. 00149
Ditanya pada:
2016-06-30 

FIDYAH

Assalamualaikum..
Saya ada beberapa kemusykilan seperti di bawah yang memerlukan
pencerahan dari pihak tuan.
1. Berapakah nilai fidyah semasa (tahun 2016) di Pulau Pinang??
2. Bolehkah bayaran fidyah disalurkan melalui servis yang ditawarkan
oleh aplikasi dalam talian bank dengan mengikut tetapan harga fidyah
semasa negeri P.Pinang??
3. Ibu saya sedang sakit dan masih di hospital, sekiranya ibu saya
tidak mampu untuk menggantikan puasa tahun ini, bolehkah saya membayar
fidyah bagi pihak ibu saya pada puasa thn hadapan? Saya kuatir dan
tidak mahu ibu saya menggantikan puasa sekiranya beliau tidak
berkemampuan.

Sekian, terima kasih. [Seterusnya] 
139
Soalan No. 00148
Ditanya pada:
2016-06-20 

SOLAT UNTUK NENEK YANG UZUR

Nenek saya telah uzur akibat stroke. Beliau terpaksa diwudhukan oleh kami dan
untuk solat, beliau perlu bantuan anak atau cucu untuk dipakaikan kain telekung dan
seterusnya dipimpin untuk solat kerana ingatan beliau tidak lagi sekuat dulu.
Persoalan saya, dengan keadaan kami yang bekerja dan kadangkala tidak dapat
menjaga solat beliau dengan sebaik-baiknya(semoga Allah mengampuni kami dan
beliau) bolehkan dijama\'kan solat nenek saya itu contohnya solat zohor/asar dan
maghrib/isya?Bolehkah setakan dalil kepada saya. Wallahualam. Terima kasih [Seterusnya] 
140
Soalan No. 00147
Ditanya pada:
2016-06-20 

PENGGUNAAN INHALER PESAKIT ASTHMA KETIKA BERPUASA

As salam. Saya telah melihat risalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang
dipetik dari JAKIM berkaitan penggunaan ubat ketika berpuasa - yang boleh dan yang
tidak boleh membatalkan puasa. Diantaranya ialah alat sedut inhaler untuk pesakit
asthma dikatakan membatalkan puasa. Minta pencerahan dari tuan. Terima kasih  [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(21)
- Adab-adab Harian(6)
- Adab-adab Sosial(16)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(16)
- Akidah(16)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(20)
- Lain-lain(23)

Syariah(175)
- Ibadat(104)
- Jinayah(1)
- Muamalat(44)
- Munakahat(22)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768