Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Semua Kategori

Bil
Tarikh
Soalan
101
Soalan No. 00212
Ditanya pada:
2017-03-07 

Kesahihan Penetapan Hari Raya Aidil Adha di negara kita

Terdapat sebahagian kecil yang mempertikaikan mengenai kesahihan
penetapan Hari Raya Aidil Adha di negara kita dan juga Arab Saudi. Harap
tuan dapat menjelaskannya.
 [Seterusnya] 
102
Soalan No. 00213
Ditanya pada:
2017-03-07 

Bagaimana menguruskan anggota badan yang terpisah

Assalamu'alaikum ustaz, sekiranya anggota seseorang sudah terpisah dari
badan contoh kaki yang dipotong hingga ke peha akibat jangkitan kuman,
kemudiannya diserahkan oleh pihak hospital untuk ditanamkan dengan siap
dibungkus dalam plastik. Adakah perlu dibuang terlebih dahulu plastik
tersebut sebelum dibungkus kain kafan atau terus dibungkus dengan kain
kafan kemudian ditanam tanpa dibuang plastik tersebut atas faktor mengelak
jangkitan kuman, Mohon pencerahan ustaz.
 [Seterusnya] 
103
Soalan No. 00215
Ditanya pada:
2017-03-07 

HUKUM MEMAKAI JAM ORIENT BERLAMBANG BINATANG

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan lambang timbul pada jam jenama orient,
mempunyai lambang pada dalam permukaan jam 2 binatang yang
memegang crown. Jika diteliti pada binatang itu tiada sifat sepenuhnya
seperti mata dan lain-lain, tetapi bayangnya melambangkan
binatang. Adakah boleh hukum memakainya di dalam atau di luar
solat? Kalau haram bagaimana jalan penyelesaiannya bagi saya
yang terbeli jam itu? Sekian terima kasih.  [Seterusnya] 
104
Soalan No. 00222
Ditanya pada:
2017-03-07 

HUKUM MEMAKAI KANTA LEKAP

Jika seorang perempuan memakai contact lense/kanta mata bukan kerana
matanya rabun tetapi sekadar memakai kerana suka melihat matanya berwarna
yang lain dari asal, apakah itu seperti mengubah apa yang allah
kurniakan/ciptakan utk dirinya? Adakah haram dan berdosakah jika memakai
contact lense sekadar untuk suka- suka sahaja (bukan keperluan)? [Seterusnya] 
105
Soalan No. 00225
Ditanya pada:
2017-03-07 

Kemusykilan Mengenai Solat Jamak dan Qasar.

Assalammualaikum, mohon keterangan dari pihak tuan dimana saya
mempunyai kemusykilan mengenai solat jamak dan qasar. Saya akan
bermusafir pada Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Rabu dan Ahad
adalah perjalanan pergi dan balik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Bolehkah saya qasar dan jamak kan solat saya?
Dan bagaimana pula hari jumaat, perlukah saya solat jumaat dimana jarak
masjid yang agak jauh dan tidak diketahui dan juga tiada pengangkutan
disana. Mohon penjelasan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.  [Seterusnya] 
106
Soalan No. 00231
Ditanya pada:
2017-03-07 

hukum memakan belangkas dan penyu

Apakah hukum memakan belangkas dan penyu kerana ada sesetengah
masyarakat menyatakan makan belangkas dan penyu tidak boleh tetapi
telurnya boleh pula dimakan? Mohon pencerahan daripada pihak tuan..syukran  [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(8)
- Adab-adab Harian(3)
- Adab-adab Sosial(7)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(5)
- Akidah(4)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(11)
- Lain-lain(13)

Syariah(81)
- Ibadat(49)
- Jinayah(0)
- Muamalat(22)
- Munakahat(7)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768